Muhyiddin masih kekal PM

PUTRAJAYA 8 Julai – Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sedia ada masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan, kata Peguam Negara,  Idrus Harun.

Katanya, berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri, dan bukan melalui kenyataan oleh sesuatu parti politik, ataupun mana-mana pemimpin parti politik.

“Merujuk kenyataan media yang dikeluarkan Presiden UMNO (Dr Ahmad Zahid Hamidi) bertarikh 7 Julai, kenyataan itu daripada suatu parti komponen yang membentuk kerajaan sedia ada, dilantik Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 43(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

“Buat masa ini, kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin) tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Related posts

Leave a Comment