PKR tumpu kerusi ‘pengkhianat’

PETALING JAYA 10 Okt. – PKR akan memastikan kerusi ‘pengkhianat’ kembali menjadi milik parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Ketua Penerangannya, Fahmi Fadzil. Beliau berkata di samping tumpuan untuk mempertahankan kerusi yang disandang parti itu, PKR mahu merampas kembali beberapa kerusi yang dilarikan bekas wakil rakyat parti berkenaan pasca peristiwa ‘Langkah Sheraton’ dua tahun lalu. Selain itu, beliau berkata, PKR dan Pakatan Harapan (PH) juga menyasarkan beberapa kerusi tambahan untuk ditandingi pada PRU-15, khususnya yang dimenangi Bersatu pada PRU-14. “Sekarang fokus kita bukan saja kerusi disandang, tapi…

Read More

Bubar Parlimen jalan terbaik

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Pembubaran Parlimen adalah jalan terbaik memandangkan wakil parti-parti yang membentuk kerajaan campuran sebelum ini semakin jelas tidak memperlihatkan solidariti terhadap Perdana Menteri dalam mentadbir negara. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata mengisytiharkan UMNO dan BN sebagai musuh utama hanya lebih menzahirkan tiadanya kepercayaan dan rasa hormat kepada UMNO yang menerajui Kerajaan. Beliau berkata demikian ketika membacakan kenyataan media sejurus selesai mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato Onn di sini, malam tadi. Semua Ahli MKT, hadir termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri…

Read More

PH sedia hadapi kecurangan mandat lalu

PETALING JAYA 10 Okt. – Pakatan Harapan (PH) bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berikutan keputusan Yang di-Pertuan Agong memperkenan Parlimen dibubarkan berdasarkan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Pengerusi PH, Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata apa yang dipersoalkan adalah niat pihak yang berkepentingan yang begitu gelojoh mahu pilihan raya diadakan pada saat sekarang. “Tampaknya Kabinet yang paling besar dalam sejarah negara ini tewas dan tunduk kepada tekanan dan kedurjanaan politik yang berkiblatkan kuasa dan wang ringgit,” katanya dalam satu kenyataan. Anwar  berkata walaupun kerajaan telah memaksa negara untuk menghadapi PRU…

Read More

PN akur keputusan pembubaran

TEMERLOH 10 Okt. – Perikatan Nasional (PN) menerima keputusan pembubaran Parlimen hari ini kerana ia telahpun mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berlandaskan Perlembagaan negara. Pengerusinya Muhyiddin Yassin berkata, PN menghormati keputusan yang dibuat walaupun sebelum ini memberikan pandangan situasi semasa tidak berapa sesuai diadakan PRU15 tahun ini. “Keputusan telahpun dibuat dan kita hormati. Apa yang penting kita telah bersiap siaga sejak dahulu lagi. Cuma kita harap proses pilihan raya kali ini tidak akan terganggu dengan keadaan banjir yang sudahpun bermula. “Marilah kita berdoa ke hadrat Allah SWT supaya situasi…

Read More

PBM tunggu ‘lampu hijau’ BN

SEGAMAT 10 Okt. – Parti Bangsa Malaysia (PBM) masih menunggu ‘lampu hijau’ daripada Barisan Nasional (BN) untuk menjadi sebahagian daripada parti komponen gabungan itu, kata Presidennya,  Zuraida Kamaruddin. Bagaimanapun, beliau sudah mendapat respons yang positif daripada Pengerusi BN, Dr. Ahmad Zahid Hamidi sendiri. “Kita masih belum terima kenyataan rasmi lagi tetapi setakat ini PBM mendapat respons yang positif daripada pengerusi (BN) sendiri. Cuma ada beberapa perkara lain yang harus diteliti yang mana mungkin selepas bubar (Parlimen) nanti, dia (Ahmad Zahid) akan beri kenyataan rasmi agaknya,” katanya. Beliau berkata demikian selepas…

Read More

DAP hormati keputusan bubar Parlimen

PETALING JAYA 10 Okt. – DAP menghormati keputusan pembubaran Parlimen yang telah dibuat mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan tetapi tetap dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk tidak membubarkan Dewan-Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Setiausaha Agung, Loke Siew Fook berkata, Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat tergempar pada malam esok (Selasa) untuk membincangkan persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). “Kita telah berulang kali menyatakan pendirian bahawa pilihan raya umum tidak sesuai diadakan dalam tempoh terdekat memandangkan terdapat risiko banjir melanda, namun DAP menghormati…

Read More

Kecewa politik semasa, Agong tiada pilihan

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa, dan tiada pilihan selain memperkenankan permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen. Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, dalam sesi menghadap yang tidak berjadual bermula pukul 12 tengah hari semalam, Perdana Menteri telah mengemukakan permintaan untuk urusan tersebut. Katanya, setelah memperhalusi permintaan tersebut, Seri Paduka Baginda selaras dengan kuasa-kuasa Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong seperti mana…

Read More

Hanya tiga negeri sedia bubar DUN

PUTRAJAYA 10 Okt. – Hanya tiga negeri iaitu Pahang, Perlis dan Perak bersedia untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing untuk membolehkan pilihan raya diadakan serentak dengan peringkat Parlimen. Ini berikutan, semua negeri di bawah pentadbiran Pas iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah, selain Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang dikuasai Pakatan Harapan (PH) tidak akan membubarkan DUN bersekali dengan Parlimen. Baki empat lagi negeri iaitu Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak sudah pun mengadakan pilihan raya negeri (PRN) masing-masing sebelum ini. Menteri Besar Perlis, Azlan Man, mengesahkan akan menghadap Raja…

Read More

Terima kasih ‘Keluarga Malaysia’

PUTRAJAYA 10 Okt. – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menzahirkan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh Keluarga Malaysia yang menyokong dan mendukung kepemimpinannya selama ini dalam melunaskan amanah serta tanggungjawab sebagai Ketua Kerajaan. Beliau berkata, ia adalah amanah dan tanggungjawab yang besar yang dipikul ketika negara diselubungi tri-lema; iaitu pandemik Covid-19 yang sedang mengganas, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia, ditambah pula dengan kelesuan ekonomi dan politik yang bergelora. “Mengambil ibrah firman Allah S.W.T dalam surah Ali-Imran ayat 54; yang bermaksud; “Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah…

Read More

Mandat tamatkan label kerajaan tebuk atap

PUTRAJAYA – Pembubaran Dewan Rakyat pada hari ini adalah bagi membolehkan mandat dipulangkan kepada rakyat untuk mewujudkan kerajaan yang stabil melalui Pilihan Raya Umum Ke-15. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu juga bagi menoktahkan suara-suara yang selama ini meratib keabsahan Kerajaan, Kerajaan pintu belakang dan Kerajaan tebuk atap. “Diindang ditampi beras, dipilih antah satu-satu. Dengan pengumuman ini, mandat akan dipulangkan kepada rakyat. “Mandat rakyat adalah penawar ampuh bagi negara menzahirkan kestabilan politik dan mewujudkan Kerajaan teguh, stabil serta dihormati selepas PRU15,” katanya dalam perutusan khas mengenai pembubaran Dewan…

Read More