5,209 pendatang Israel ceroboh Al-Aqsa

RAMALLAH – Sepanjang Ogos lalu, seramai 5,209 pendatang Israel menceroboh kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki dengan jumlah harian tertinggi pada 13 Ogos apabila 751 penceroboh memasuki tapak berkenaan.

Di samping itu, pasukan tentera Israel membunuh dua warga Palestin dan menahan 114 orang, termasuk lima kanak-kanak.

Gabenor Baitulmuqaddis, dalam laporan bulanannya menyatakan bahawa Al-Aqsa menyaksikan pencerobohan berterusan malah semakin diperhebat malahan  pihak berkuasa Israel mengeluarkan lima perintah larangan terhadap warga Palestin daripada memasuki Al-Aqsa.

Pendatang turut mengadakan upacara keagamaan Yahudi di dalam kompleks dan di sekeliling pintu gerbangnya sepanjang Ogos, di bawah perlindungan langsung polis Israel.

Sejak 2003, polis Israel membenarkan penceroboh memasuki kompleks masjid itu.

Jabatan Wakaf Islam di Baitulmuqaddis menegaskan bahawa Al-Aqsa adalah tapak suci khusus untuk umat Islam dan berulang kali menuntut supaya sebarang pencerobohan dihentikan.

Berkaitan pencerobohan pihak berkuasa Israel, pihak gabenor berkata, pasukan terbabit telah membunuh dua warga Palestin, mencederakan 83 orang dan menahan 114 yang lain, termasuk lima kanak-kanak.

Ia juga mendokumentasikan 44 serangan oleh penceroboh terhadap warga Palestin dan harta benda mereka.

Pihak gabenor merekodkan 40 operasi roboh dan pembersihan tanah yang menyasarkan rumah, struktur dan tanah di Baitulmaqdis, berserta 86 notis serta perintah roboh atau henti kerja.

Related posts

Leave a Comment