Rugi jika KJ tidak bertanding

PUTRAJAYA 4 Sept. – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, disifatkan sebagai ‘aset politik’ cukup penting bagi menyumbang kemenangan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Reezal Merican Naina Merican. Ahli Parlimen Kepala Batas itu berkata, ini kerana Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, memiliki aura tersendiri yang boleh membantu mengekalkan momentum kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN). “Pengumuman Khairy Jamaluddin membayangkan “worst-case scenario” tidak bertanding pada PRU-15 dilihat sebagai satu kerugian,” katanya dalam kenyataan melalui Facebook beliau malam ini.. Beliau berkata ,…

Read More

Tarik bukan Melayu sokong Pas

ALOR SETAR 4 Sept. – Pas perlu mengambil pendekatan bagi memastikan masyarakat bukan Islam di negara ini turut menyokong parti itu, kata Presidennya Abdul Hadi Awang. Katanya, Pas perlu mengecilkan pihak lawan dengan memastikan masyarakat bukan Islam di negara ini turut menyokong parti itu. Justeru, Pas perlu mencari parti dan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk yang bukan Islam untuk bergabung. “Jangan meramaikan lawan, jangan cari yang banyak berkelahi dengan kita. Perkara ini diajar oleh Nabi Muhammad dan akhirnya Islam berdaulat dengan pendekatan mengecilkan lawan. Alhamdulillah, akhir-akhir ini kita dapat menembusi…

Read More

Pas mahu terus kerjasama dengan UMNO

ALOR SETAR 4 Sept. –  Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-68 yang berakhir hari ini meluluskan 13 usul termasuk penyatuan parti politik dan pertubuhan Melayu-Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Usul yang dikemukakan Dewan Ulama Pas Pusat itu bertujuan mengembalikan kuasa parti-parti politik teras Melayu-Islam dalam pilihan raya termasuk meneruskan kerjasama dengan UMNO melalui platform Muafakat Nasional (MN). Langkah itu adalah untuk memastikan strategi satu lawan satu pada PRU15 dan mengelak pertembungan parti politik teras Melayu-Islam. Ketika sesi perbahasan usul itu di Kompleks Pas Kedah, di sini, perwakilan Dewan Ulama…

Read More

Pas pertahan rundingan tidak rasmi

ALOR SETAR 4 Sept. – Pas mempertahankan kenyataan sebelum ini bahawa ada rundingan tidak rasmi antara parti itu dan pemimpin UMNO tertentu bagi membincangkan kerjasama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).. Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan, berkata pemimpin UMNO terbabit mempunyai jawatan dan kedudukan serta boleh mengesahkan perkara dibincang kedua-dua parti. Dalam politik, katanya, perbincangan boleh dibuat di mana-mana peringkat secara rasmi atau tidak mengikut keadaan tertentu. “Saya boleh mengesahkan seperti dinyatakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, kita ada bincang dengan UMNO secara rasmi dan tidak rasmi di peringkat…

Read More

1MDB : Siasatan individu Kuwait dilakukan

PUTRAJAYA 4 Sept. – Siasatan berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan individu di Kuwait, sedang dilaksanakan, demikian menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dalam kenyataannya, SPRM berkata, sebagai peneraju utama dalam usaha pemulihan aset, pihaknya menitikberatkan tindakan mendapatkan kembali aset dan wang yang hilang akibat penyelewengan 1MDB dan beberapa syarikat yang terbabit. Katanya, setiap tindakan diteruskan dengan kerjasama agensi penguat kuasa luar negara membabitkan aliran wang yang amat kompleks dan rumit. “Sejak dua tahun lalu, SPRM sudah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Agensi Penguatkuasa Kuwait. Ketika ini SPRM…

Read More

Pas jangka menang 40 kerusi

ALOR SETAR 4 Sept. – Pas menjangkakan dapat memenangi 40 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), berdasarkan prestasi semasa dan sokongan yang diterima setakat ini. Keyakinan itu disuarakan oleh Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Menteri Besar Kedah dan Naib Presiden Pas Mohd Amar Nik Abdullah, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan. Jika sasaran itu dapat dicapai ia bermakna tiada mana-mana parti dapat membentuk Kerajaan Persekutuan tanpa Pas. Sanusi berkata, jumlah 40 kerusi yang disasarkan ini adalah batu lonjakan yang ditetapkan dalam…

Read More

“Saya ada bukti jemputan kepada UMNO “

ALOR SETAR 4 Sept. – “Saya bercakap kalau ada bukti, saya boleh tunjukkan jemputan yang dipanjangkan kepada UMNO,” . Itu penegasan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, berhubung surat jemputan kepada pimpinan UMNO untuk menghadiri Muktamar Tahunan Pas kali ke-68 di Kompleks Pas Kedah, di sini, yang bermula semalam. Beliau berkata, surat itu dihantar kepada UMNO secara fizikal dan secara maya kepada pimpinan UMNO, MCA dan MIC . Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Alam Sekitar berkata, semua jemputan itu dikeluarkan dengan tarikh maklum balas kehadiran ditetapkan pada 20 Ogos lalu.…

Read More

Tok Mat ke Rembau, KJ cari kawasan baharu

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengesahkan tidak akan bertanding di Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi memberi laluan kepada Ketua UMNO bahagian itu, Mohamad Hasan. Keputusan itu dibuat selepas beliau diarah mengosongkan kerusi itu oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), yang mahu bertanding di Parlimen Rembau, selain mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Khairy mengakui terpaksa akur dengan arahan itu walaupun tidak pernah bersedia untuk bertanding di mana-mana kawasan Parlimen lain, memandangkan sudah lebih 20 tahun berpolitik di Rembau. “Dia (Mohamad)…

Read More

Ketetapan baharu pelitup muka Rabu

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat pengumuman mengenai ketetapan baharu pemakaian pelitup muka selewat-lewatnya Rabu ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata Jawatankuasa Eksekutif Kesihatan Awam yang dipengerusikannya sudah menerima syor daripada pakar mengenai pemakaian pelitup muka minggu lalu. Bagaimanapun, beliau masih dalam proses mengumpul pandangan orang ramai berhubung perkara itu, sebelum mengumumkan keputusan baharu mengenainya. “Kita sudah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kesihatan Awam yang dipengerusikan oleh saya minggu lalu,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2022…

Read More

Majlis Syura Pas bincang logo PRU

ALOR SETAR 4 Sept. – Majlis Syura Ulama Pas akan memperincikan penggunaan logo untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi setiap negeri sebelum diputuskan pada mesyuarat bersama pimpinan Perikatan Nasional (PN) minggu depan. Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pihaknya turut memperincikan usul daripada beberapa negeri untuk menggunakan logo Pas sebelum perkara itu dimuktamadkan. “Selepas usul berkenaan diangkat sebagai keputusan parti, perkara itu akan dicadangkan pada mesyuarat majlis pimpinan tertinggi PN untuk dipertimbangkan. “Ada satu usul kita terima tanpa bahas, namun disebabkan ia berkaitan keputusan parti yang kita…

Read More