Ketetapan baharu pelitup muka Rabu

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat pengumuman mengenai ketetapan baharu pemakaian pelitup muka selewat-lewatnya Rabu ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata Jawatankuasa Eksekutif Kesihatan Awam yang dipengerusikannya sudah menerima syor daripada pakar mengenai pemakaian pelitup muka minggu lalu.

Bagaimanapun, beliau masih dalam proses mengumpul pandangan orang ramai berhubung perkara itu, sebelum mengumumkan keputusan baharu mengenainya.

“Kita sudah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kesihatan Awam yang dipengerusikan oleh saya minggu lalu,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2022 di sini, hari ini.

Sebelum ini jawatan kuasa berkenaan hanya melihat kepada isu Covid-19, tetapi sekarang melihat kepada semua masalah kesihatan awam.

“Saya sudah terima syor daripada pakar-pakar kita dan masih lagi mengumpul maklum balas pandangan daripada orang ramai. Minggu depan saya akan umumkan mengenai pemakaian pelitup muka. Saya akan umumkan menjelang Rabu ini,” katanya.

Related posts

Leave a Comment