Kes baharu naik sedikit di Thailand

BANGKOK 30 Sept. – Sebanyak 839 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam berbanding 637 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,681,309 kes. Berbanding 10 kematian semalam, jumlah yang direkodkan meninggal dunia dalam tempoh yang sama hari ini adalah sembilan orang sebelumnya yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 32,764 orang. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 733 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih meningkat kepada 4,642,083 orang manakala jumlah yang mendapatkan rawatan pula 6,462 orang. Sementara itu menurut Jabatan Kawalan Penyakit, pandemik menghampiri penghujungnya…

Read More

UMNO mahu PRU15 tahun ini juga

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan. Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Ini berikutan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini, memutuskan supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan pada tahun ini juga. “Keputusan ini adalah berasaskan pendirian konsisten UMNO sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat pandemik Covid-19 setelah runtuhnya Kerajaan Pakatan Harapan kerana persengketan dalaman politik sesama mereka,” katanya pada sidang media…

Read More

Indonesia catat 1,857 kes baharu

JAKARTA 30 Sept. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, turun kepada 1,857 berbanding 2,003 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,431,624 sejak kes pertama 2 Mac 2020. Daerah Jakarta sekali lagi merekodkan kes harian tertinggi dengan 734 kes tetapi menunjukkan penurunan berbanding 781 semalam diikuti Jawa Barat 342 (347), Banten 132 (187), Jawa Timur 206 (248) dan Jawa Tengah 92 (95). Jumlah kes aktif pula berkurangan kepada 763 berbanding 828 kes dalam 24 jam terakhir semalam menjadikan jumlah keseluruhan 17,594. Sebanyak 2,601 kes sembuh…

Read More

Prayut boleh sambung tugas PM

BANGKOK 30 Sept. –  Mahkamah Perlembagaan Thailand memutuskan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha yang digantung tugas sebelum ini, boleh menyambung semula pentadbirannya sehingga 2025. Hakim, Punya Udchacon, berkata ini mahkamah memutuskan dengan majoriti bahawa jawatan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Prayut belum mencapai had penggal selama lapan tahun. Bagaimanapun tempoh sehingga 2025 bergantung kepada pilihan raya nasional akan datang, yang mesti diadakan dalam tempoh beberapa bulan ini. “Kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri dikira mulai 6 April 2017,” kata hakim ketika membacakan keputusan itu. Bekas ketua tentera itu, yang berkuasa…

Read More

PRU15: Top 5 UMNO bertemu

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, hari ini menghadiri mesyuarat lima pemimpin tertinggi UMNO atau dikenali ‘Top 5’ bagi membincangkan isu berkaitan tarikh pilihan raya umum. Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin mengesahkan pertemuan itu menerusi Facebook yang turut memuat naik gambar kelima-lima mereka sedang bermesyuarat. Top 5 merujuk kepada Presiden UMNO,  Dr Ahmad Zahid Hamidi; timbalannya,  Mohamad Hasan dan tiga Naib Presiden iaitu Ismail Sabri, Mohamed Khaled serta  Mahdzir Khalid. Sebelum ini, UMNO memaklumkan perkara berkaitan tarikh pilihan raya umum akan dibincangkan dalam kalangan Top…

Read More

PM arah siasatan lanjut Tommy Thomas

PUTRAJAYA : Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob, mengarahkan siasatan lanjut disegerakan terhadap kemungkinan berlaku salah laku oleh bekas Peguam Negara, Tommy Thomas. Perdana Menteri berkata pasukan petugas khas siasatan ke atas dakwaan dalam buku bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness”, sudah membentangkan laporan siasatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini. Katanya, berdasarkan siasatan yang dibuat, pasukan itu mengkategorikan 19 isu penting yang dikesan dalam buku berkenaan kepada empat isu utama iaitu dakwaan ke atas Badan Kehakiman; pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan; tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian…

Read More

Pas diharap guna logo PN

ALOR SETAR 30 Sept. – Perikatan Nasional (PN) berharap Pas dapat menggunakan logo PN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai tanda kesepakatan dan kekuatan gabungan itu, kata Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainudin. Beliau berkata Pas terutamanya di Kedah wajar mempertahankan logo PN supaya rakyat mengenali gabungan itu. “Apabila saya bersama dengan rakan-rakan daripada Pas dalam kerajaan, saya tengok mereka ini baik-baik belaka, saya ucapkan tahniah. Jadi bila saya sudah kata macam itu, jangan fikir (guna logo) lain lagi. “Kita nak pertahankan benda (logo) ini. Itulah untuk kita sampai bila sudah…

Read More

Lebih 100,000 saman pemandu Singapura

JOHOR BAHRU 30 Sept. – Sebanyak 2.2 juta saman yang dikeluarkan Polis Johor sejak 2014, masih tertunggak hingga kini 109,758 saman membabitkan warga Singapura membabitkan pelbagai kesalahan trafik. Ketua Polis Johor,  Kamarul Zaman Mamat berkata, sebanyak 23.5 peratus saman warga Singapura ini sudah dijelaskan, manakala 76.4 peratus lagi belum. “Mengikut statistik, kita mengeluarkan 2.3 juta saman sejak 2014 sehingga kini dan setakat ini hanya 600,000 saman sudah dijelaskan. Antara saman paling banyak adalah memandu laju melebihi had dan tidak mematuhi lampu isyarat,” katanya. Beliau berkata demikian ketika sidang media pada…

Read More

Kes harian Covid-19 turun kepada 1,867

PUTRAJAYA 30 Sept. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 dalam negara semalam turun kepada 1,867 termasuk empat kes import berbanding 2,445 kes pada hari sebelumnya. Menurut data KKM di portal COVIDNOW, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah sebanyak 4,800, 674. Sebanyak empat kematian direkodkan, tiada kes berlaku di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought-in-dead’ (BID), menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia meningkat kepada 36,369 orang. Dalam tempoh yang sama, 1,402 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 4,777,329 orang. Kes aktif Covid-19 dalam…

Read More