VIRGINIA – Satu insiden tembakan di Universiti Negeri Virginia (VSU) pada awal pagi Sabtu, menyebabkan lima individu cedera, seorang daripadanya dalam keadaan kritikal.
Polis menerima laporan mengenai kejadian berhampiran asrama pelajar kira-kira pukul 1.28 pagi waktu tempatan sebelum menemukan lima mangsa yang mengalami kecederaan akibat tembakan.
Kesemua mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan di mana empat daripada mereka dilaporkan mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa.
Polis Daerah Chesterfield berkata siasatan awal mendapati lebih daripada seorang suspek dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan, dan setakat ini tiada tangkapan dibuat.
Perintah sekatan sementara di kampus yang dikuatkuasakan susulan kejadian itu telah ditarik balik, namun kehadiran anggota penguat kuasa masih dipertingkatkan bagi membantu siasatan.
Pihak universiti memaklumkan polis Daerah Chesterfield mengetuai siasatan dengan bantuan polis kampus dan agensi penguat kuasa tempatan yang lain.
Nnn
