PM Jepun positif Covid-19

TOKYO 21 Ogos – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, dijangkiti Covid-19 dan kini sedang menjalani proses pemulihan di kediaman rasminya. Kishida, yang baru pulang daripada bercuti selama seminggu sepatutnya memulakan kerja esok. Jurucakap Kabibet memberitahu, Kishida mengalami batuk dan demam semalam, dan melakukan ujian saringan RT-PCR Covid-19 pagi ini yang mengesahkan keputusan positif pada sebelah petang. Bagaimanapun, Kishida semakin pulih dan boleh meneruskan tugasnya seperti biasa tetapi membatalkan lawatannya ke Tunisia pada hujung minggu depan. Jepun mengalami peningkatan semula angka kes jangkitan Covid-19, menjejaskan perniagaan negara ekonomi ketiga terbesar dunia…

Read More

Mansuh hubungan sejenis satu jenayah

SINGAPURA 21 Ogos –  Singapura akan memansuhkan Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang menetapkan hubungan seks antara lelaki (hubungan sejenis) sebagai satu jenayah, kata Perdana Menteri, Lee Hsien Loong hari ini. Beliau percaya langkah itu adalah perkara yang betul untuk dilakukan dan sesuatu yang kini diterima oleh kebanyakan rakyat Singapura. Bagaimanapun, Hsien Loong menegaskan, institusi perkahwinan akan tetap dilindungi dan kerajaan tidak berhasrat untuk mengubah takrifan undang-undang perkahwinan iaitu antara lelaki dan wanita. Katanya, di bawah undang-undang, hanya perkahwinan antara seorang lelaki dan wanita diiktiraf di Singapura. Beliau berkata, banyak dasar…

Read More

Pingat Daya Tahan Covid-19

SINGAPURA 21 Ogos – Satu anugerah yang dikenali Pingat Daya Tahan Covid-19 akan diperkenalkan bagi menghargai individu dan kumpulan yang terlibat secara langsung dalam memerangi pandemik itu, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong. Beliau berkata, selain anugerah baharu bagi mengiktiraf pengorbanan dan semangat masyarakat, mereka yang memberi sumbangan luar biasa juga akan menerima anugerah sedia ada seperti Pingat Kepujian, Pingat Bakti Masyarakat dan Pingat Perkhidmatan Awam. “Pingat-pingat itu akan mempunyai “catatan khas” bagi menunjukkan bahawa mereka “diiktiraf atas perkhidmatan memerangi Covid-19 – mungkin dua barisan merah di reben”, katanya dalam ucapan di…

Read More

PN Pahang mahu tanding semua kerusi

KUANTAN 21 Ogos – Perikatan Nasional (PN) akan bertanding semua 14 kerusi Parlimen dan 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Pengerusinya, Saifuddin Abdullah. Menurut Saifuddin, PN yakin boleh menang kerusi yang akan ditandingi, malah memiliki kekuatan tersendiri dan berpeluang cerah untuk menambah kerusi Parlimen atau DUN di negeri ini. PN yang dianggotai Bersatu, Pas, Gerakan bersama dua parti berpangkalan di Sabah, iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP). Gabungan itu mempunyai satu kerusi Parlimen iaitu Indera Mahkota…

Read More

Dua isu ancaman kepada UMNO

PUTRAJAYA 21 Ogos – Seorang penganalisis politik dari Sunway University, Profesor Wong Chin Huat, berkata, UMNO pada satu ketika dilihat berada dalam situasi yang cukup selesa untuk mendapatkan kuasa majoriti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Bagaimanapun ketika ini, ada dua isu yang menjadi ancaman terhadap UMNO iaitu membabitkan kes kapal tempur pesisir (LCS)  dan perkembangan akhir kes rasuah mantan Perdana Menteri Najib Razak. “Pengundi Melayu Islam sangat pentingkan soal pertahanan dan kedaulatan negara. Kecuali UMNO menyerang korupsi secara proaktif, isu LCS akan menghakis sokongan orang Melayu, yang mungkin berpindah…

Read More

“Ada kalanya kita merasa kita … keseorangan”

KUALA LUMPUR 21 Ogos –  “Perjalanan hidup setiap insan berbeza. Kita sentiasa doakan dan harap yang terbaik dalam kehidupan kita,” Itu luahan bekas perdana menteri,  Najib Razak, di Facebook hari ini. Catatan yang disertakan dengan foto, dipercayai sedang mengambil wuduk, Najib berkata, kadang kala beliau merasakan usaha dan kebaikan dilakukan hanya sia-sia. “Ada kalanya kita merasa usaha dan kebaikan yang kita lakukan sia-sia. Ada kalanya kita merasa susah hati dengan ujian dan dugaan. Dengan fitnah dan penganiayaan, dengan harapan yang diakhiri dengan kegagalan,” katanya. Najib turut meluahkan keikhlasannya dibalas dengan…

Read More

‘Berjaya capai perkara sukar’

PUTRAJAYA 21 Ogos – Kerajaan  Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri Yaakob berjaya mencapai perkara yang sukar dipersetujui sebelum ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata, perkara itu dapat dilihat dengan kestabilan dan kelulusan pelbagai rang undang-undang (RUU) di Parlimen. Katanya , dalam tempoh satu tahun ini, kerajaan yang dianggap kerajaan sementara, berjaya mencapai perkara yang sukar dicapai sebelum ini seperti RUU yang susah nak dilaksanakan, dapat diluluskan dalam tempoh 12 bulan sahaja. “Sama juga isu kesihatan, saya cakap kepada Perdana Menteri minta buat sesuatu untuk masa depan, bukan sekadar…

Read More

4 menteri kanan seolah 4 TPM

PUTRAJAYA 21 Ogos – “Seolah-olah ada empat Timbalan Perdana Menteri yang membantu saya,” Itu reaksi Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berhubung pendirian Perikatan Nasional (PN) menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri. Menurut Ismail Sabri, belum ada keperluan melantik Timbalan Perdana Menteri. kerana sudah ada empat jawatan Menteri Kanan yang turut berperanan dan mendapat keistimewaan menyamai Timbalan Perdana Menteri. “Itu (lantik Timbalan Perdana Menteri) biarlah dulu. Setakat hari ini, seperti kita tahu saya sudah ada empat menteri kanan yang membantu saya dan seolah-olah sudah ada empat Timbalan Perdana Menteri yang membantu saya.…

Read More

PRU selepas setahun PM Ismail Sabri

GENAP juga setahun Ismail Sabri Yaakob memegang jawatan Perdana Menteri (PM) di sebalik desakan supaya diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Rasanya hampir separuh tempoh setahun itu kedengaran desakan mengenai PRU. Tahniah kepada Ismail Sabri kerana berjaya mengharungi ‘situasi luar biasa’ ini sehingga memungkinkan beliau mencapai usia setahun. Namun semalam, menjelang setahun Naib Presiden UMNO itu sebagai Perdana Menteri Keluarga Malaysia, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi tampil mengeluarkan kenyataan supaya menyegerakan PRU15. Kata Ahmad Zahid : “Segerakanlah atau UMNO, BN (Barisan Nasional) akan tewas PRU,” sambil menyifatkan sekarang…

Read More

Saingan sengit di kawasan majoriti Melayu

KUALA LUMPUR 21 Ogos – PKR dijangka menghadapi saingan sengit dan rumit bagi kawasan majoriti pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli. Beliau berkata, penilaian mendapati kebanyakan kerusi dikuasai PKR ketika ini berada dalam kelompok majoriti tipis atau marginal dan keputusannya boleh memihak kepada sesiapa pun. Katanya, semasa PRU lalu, tumpuan banyak diberikan kepada kerusi sedemikian dan akhirnya ia dikuasai oleh Amanah dan DAP. “Maka boleh disimpulkan kerusi marginal berupaya boleh menentukan kedudukan Pakatan Harapan (PH),” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Trak…

Read More