SINGAPURA 21 Ogos – Singapura akan memansuhkan Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang menetapkan hubungan seks antara lelaki (hubungan sejenis) sebagai satu jenayah, kata Perdana Menteri, Lee Hsien Loong hari ini.
Beliau percaya langkah itu adalah perkara yang betul untuk dilakukan dan sesuatu yang kini diterima oleh kebanyakan rakyat Singapura.
Bagaimanapun, Hsien Loong menegaskan, institusi perkahwinan akan tetap dilindungi dan kerajaan tidak berhasrat untuk mengubah takrifan undang-undang perkahwinan iaitu antara lelaki dan wanita.
Katanya, di bawah undang-undang, hanya perkahwinan antara seorang lelaki dan wanita diiktiraf di Singapura.
Beliau berkata, banyak dasar nasional bersandarkan penakrifan perkahwinan ini – termasuk perumahan awam, pendidikan, peraturan mengambil anak angkat, piawaian pengiklanan, klasifikasi filem.
“Pemerintah tidak bercadang untuk mengubah takrif perkahwinan, apatah lagi dasar-dasar ini. Justeru kami akan melindungi takrif perkahwinan daripada dicabar dari segi perlembagaan di mahkamah,” katanya.ketika berucap pada himpunan tahunan sempena Hari Kebangsaan Singapura.
Dengan pengumuman itu, Singapura yang terkenal dengan nilai konservatif kini menjadi negara terbaharu di Asia yang mengiktiraf hak homoseksual, selepas India, Taiwan dan Thailand.
Seksyen 377A diperkenalkan 84 tahun lalu oleh British di mana ia menetapkan seorang lelaki sama ada dalam ruang awam atau privet yang melakukan tingkah laku “amat tidak senonoh” dengan seorang lelaki lain adalah satu jenayah.
Ia membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, menggambarkan norma-norma sosial ketika it