PM Jepun positif Covid-19

TOKYO 21 Ogos – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, dijangkiti Covid-19 dan kini sedang menjalani proses pemulihan di kediaman rasminya.

Kishida, yang baru pulang daripada bercuti selama seminggu sepatutnya memulakan kerja esok.

Jurucakap Kabibet memberitahu, Kishida mengalami batuk dan demam semalam, dan melakukan ujian saringan RT-PCR Covid-19 pagi ini yang mengesahkan keputusan positif pada sebelah petang.

Bagaimanapun, Kishida semakin pulih dan boleh meneruskan tugasnya seperti biasa tetapi membatalkan lawatannya ke Tunisia pada hujung minggu depan.

Jepun mengalami peningkatan semula angka kes jangkitan Covid-19, menjejaskan perniagaan negara ekonomi ketiga terbesar dunia itu.

Related posts

Leave a Comment