4 menteri kanan seolah 4 TPM

PUTRAJAYA 21 Ogos – “Seolah-olah ada empat Timbalan Perdana Menteri yang membantu saya,” Itu reaksi Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berhubung pendirian Perikatan Nasional (PN) menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Menurut Ismail Sabri, belum ada keperluan melantik Timbalan Perdana Menteri. kerana sudah ada empat jawatan Menteri Kanan yang turut berperanan dan mendapat keistimewaan menyamai Timbalan Perdana Menteri.

“Itu (lantik Timbalan Perdana Menteri) biarlah dulu. Setakat hari ini, seperti kita tahu saya sudah ada empat menteri kanan yang membantu saya dan seolah-olah sudah ada empat Timbalan Perdana Menteri yang membantu saya.

“Faedah yang mereka peroleh hampir sama. Ada pengawal pengiring, polis, macam-macamlah. Lebih kurang Timbalan Perdana Menteri juga. Jadi setakat ini, tidak membebankan saya tanpa Timbalan Perdana Menteri,” katanya. dalam sidang media sempena setahun pentadbirannya,

Beliau juga berkata, Pas yang menjadi sebahagian kerajaan tidak pernah menuntut jawatan menteri kanan.

“Cuma Pas tidak ada. Kalau tak, Pas pun boleh menuntutlah. Kenapa ada UMNO, ada GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan dua Bersatu. Patutnya satu Bersatu, satu Pas, satu UMNO dan satu GPS.

“PAS tidak pernah timbulkan isu ini. Jadi saya rasa semua orang menerima. Ada sedikit kelebihan dan kekurangan. Tak nak ada isu dan perkara yang boleh jadi isu besar, merosakkan hubungan antara kita, kita selesaikan. Tapi yang cakap banyak itu orang di luar,” katanya.

Namun, Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang pula dilaporkan berkata, partinya berpegang kepada keputusan awal penubuhan kerajaan pimpinan PN, iaitu tiada pelantikan Timbalan Perdana Menteri dilakukan dan tiada sebarang perjanjian dibuat.

Related posts

Leave a Comment