BANGKOK 29 Julai – Kes cacar monyet kedua yang disahkan di Thailand ditemui di Bangkok, melibatkan lelaki warga Thailand berusia 47 tahun, kata Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul. Katanya, lelaki itu yang melakukan hubungan fizikal dengan warga asing dimasukkan ke Hospital Vajira minggu lalu selepas mengalami demam, sakit otot dan ruam di seluruh badan. Beliau berkata, kakitangan perubatan hospital itu akan memantau simptom pesakit selama 21 hari. Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Opas Karnkawinpong, berkata pihaknya sedang menjalankan ujian terhadap 10 orang yang pernah bersentuhan dengan pesakit cacar…
Read MoreMonth: July 2022
Media Hari Ini Jumaat 29.07.2022
8,565 kes baharu di Singapura
SINGAPURA 28 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 8,565 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 8,206 jangkitan tempatan dan 359 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,694,454 manakala dua kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 1,492 orang meninggal dunia Menurut MoH, sebanyak 7,724 kes iaitu 7,411 kes tempatan dan 313 import adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 841 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR…
Read MoreMelayu bergantung kepada bukan Melayu
SERI KEMBANGAN 28 Julai – Parti politik Melayu terpaksa bergantung dengan undi bukan Melayu untuk menang dan membentuk kerajaan yang akhirnya menyukarkan usaha menjayakan agenda Melayu. Bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad berkata, situasi ini berlaku disebabkan kewujudan banyak parti politik berteraskan bangsa Melayu. “Ini yang menjejaskan untuk melaksanakan apa yang orang Melayu mahukan. Kalau 70 peratus (orang Melayu) sokong satu parti, kita kuat. Sekarang ini, nak dapat dapat 30 peratus sokongan (pengundi Melayu) pun susah. “Kita bergantung kepada undi bukan Melayu sehingga terpaksa akur kepada kehendak mereka,” katanya ketika…
Read MoreDipecat tidak wajar hilang kerusi
SERI KEMBANGAN 28 Julai – Ahli Parlimen yang dipecat atau disingkir daripada parti tidak wajar digugurkan daripada kerusinya di Dewan Rakyat, kata Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata ini kerana pemecatan seseorang Ahli Parlimen daripada parti bukan atas pilihan mereka tetapi ia adalah tindakan parti berkenaan. “Ada banyak cara yang perlu kita tentukan ahli itu disingkir daripada parti, apakah itu juga menyebabkan dia hilang kerusi, tetapi (pemecatan itu) bukan pilihan dia, parti buang dia, maka dia tidak hilang kerusi (Parlimen). “Itu juga harus diambil kira…
Read MoreSasaran kuat kuasa minggu pertama Sept.
KUALA LUMPUR 28 Julai – Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti, dijangka boleh mula berkuat kuasa pada minggu pertama September tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, RUU itu akan dibentangkan di Dewan Negara untuk bacaan kali pertama pada 9 Ogos ini. “Tadi (ketika perbahasan) ada Ahli Parlimen sebut 1 September akan berkuat kuasa. Itu kurang tepat, yang betulnya kita harap RUU ini mula berkuat kuasa pada minggu pertama September,” katanya pada sidang…
Read MoreBersatu pertahan ahli tidak bahas
KUALA LUMPUR 28 Julai – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tampil mempertahankan Ahli-Ahli Parlimen mereka yang tidak membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti di Dewan Rakyat. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, sembilan Ahli Parlimen Bersatu yang tidak menganggotai pentadbiran kerajaan, sebenarnya , mahu terlibat dalam perbahasan tersebut tetapi diminta untuk tidak berbuat demikian. “Saya mohon kepada mereka supaya bersabar kerana apa yang dikatakan kepada kami ada sesetengah, seolah-olah menggunakan analogi nama bukan-bukan. “Tetapi hari ini percayalah bahawa daripada semua…
Read MoreRUU antilompat parti catat sejarah
KUALA LUMPUR 28 Julai – Dewan Rakyat hari ini mencatat sejarah apabila Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti, diluluskan dengan sokongan majoriti lebih dua pertiga. Undi belah bahagian yang dimulakan pada pukul 4.49 petang menyaksikan seramai 209 Ahli Parlimen menyokong, tiada yang membangkang manakala 11 lagi anggota Parlimen tidak hadir. “Inilah keputusannya, syabas kepada semua Yang Berhormat yang mencipta sejarah hari ini,” kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun. RUU yang digubal berasaskan lapan parameter utama itu belah dibentangkan oleh Perdana…
Read MoreTiga negeri PH sedia pinda perlembagaan
KUALA LUMPUR 28 Julai – Tiga negeri ditadbir Pakatan Harapan (PH) akan meminda perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri masing-masing secepat mungkin, sebaik saja Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 diluluskan. Lim Guan Eng (PH-Bagan) berkata, langkah itu bagi membolehkan RUU berkaitan larangan wakil rakyat bertukar parti itu dikuatkuasakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bermula. Sehubungan itu, beliau menggesa semua negeri lain di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pas untuk turut mengikut jejak…
Read MoreBersatu tidak sertai perbahasan RUU
KUALA LUMPUR 28 Julai – Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai larangan Ahli Parlimen (MP) bertukar parti selesai dibahaskan selama dua hari, tanpa penglibatan anggota Parlimen Bersatu. Perbahasan yang bermula pukul 12 tengah hari semalam hingga 4 petang ini melibatkan sejumlah 54 Ahli Parlimen yang mewakili pelbagai parti politik. Ini termasuk BN, Pas, PKR, DAP, Amanah, Pejuang, Muda, Gabungan Parti Sarawak (GPS), UPKO, Parti Sarawak Bersatu (PSB), PBM dan Bebas. Bagaimanapun, selepas hampir 10 jam sesi perbahasan berlangsung, tiada seorang pun dalam kalangan sembilan Ahli Parlimen Bersatu…
Read More