ROS lulus pindaan perlembagaan UMNO

KUALA LUMPUR 29 Julai – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hari ini meluluskan usul pindaan Perlembagaan UMNO yang diputuskan parti itu sebelum ini. Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan berkata, kelulusan diberikan oleh ROS, selepas menilai segala dokumen berkaitan pindaan itu lebih 60 hari, akan berkuat kuasa hari ini. “ROS bersetuju kepada pindaan Perlembagaan UMNO supaya pemilihan UMNO di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih daripada enam bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum (PRU) Parlimen (Dewan Rakyat). ROS juga meminta supaya satu pemilihan perlu diadakan dalam satu penggal PRU Parlimen (Dewan…

Read More

RUU: Melaka, Negeri Sembilan sedia pinda

AYER KEROH 29 Julai – Melaka sedia untuk melaksanakan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang diluluskan di Dewan Rakyat, semalam. Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali, berkata RUU berkenaan akan dilaksanakan di negeri itu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. “RUU berkenaan perlu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum dibincangkan di peringkat negeri. Di peringkat negeri, kita akan diberikan satu tempoh untuk dibincangkan sebelum dilaksanakan,” katanya selepas merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara peringkat negeri…

Read More

Perkeso sedia 55,000 peluang kerja

KUALA LUMPUR 29 Julai – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyediakan 55,000 peluang pekerjaan kepada golongan rentan melalui pelanjutan Program JaminKerja-Insentif Penggajian (JKIP) untuk tempoh enam bulan lagi, sehingga 31 Disember ini. Ketua Eksekutifnya, Dr Mohammed Azman Aziz Mohamed, berkata sebanyak RM475 juta akan disalurkan Perkeso sebagai insentif kepada majikan yang mewujudkan peluang pekerjaan, iaitu sebahagian daripada RM2 bilion yang diperuntukkan kerajaan di bawah program itu dalam Bajet 2022. “Lanjutan program ini akan memberikan tumpuan kepada usaha pengambilan pekerja daripada sektor pelancongan, pekerja yang menggantikan pekerja asing (program Malaysianization), orang kurang…

Read More

Solat Jumaat di Masjid Khalid Al-Walid

KUALA LUMPUR 29 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Khalid Al-Walid di sini hari ini. Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah disambut Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Tun Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad dan Menteri Wilayah Persekutuan Dr Shahidan Kassim. Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Affendi Buang dan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani. Khutbah khas Jumaat bertajuk ‘Segagah Khalid Al-Walid’ bersempena Hari Pahlawan Negara dan Sambutan Maal…

Read More

RUU: Pulau Pinang panggil sidang khas

TANJONG 29 Julai – Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas bagi meminda perlembagaan negeri itu berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti pada September ini. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata penasihat undang-undang negeri telah diarahkan meneliti RUU berkenaan di peringkat persekutuan bagi membolehkan ia dikuatkuasakan di negeri ini. Menurutnya, walaupun usul yang diluluskan di peringkat Parlimen sedikit berbeza dengan usul yang dibuat di peringkat DUN, pihaknya akan cuba selarikannya dengan pihak persekutuan. “Di Pulau Pinang kita sudah pun ada usul sedemikian (RUU Anti…

Read More

Lega, lucu tetapi menyenangkan

PETALING JAYA 29 Julai – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim lega dengan kelulusan Rang Undang-undang (RUU) anti-lompat parti yang mendapat sokongan 209 undi termasuk daripada Ahli Parlimen yang melompat parti. “Saya bersyukur kerana persefahaman menetapkan mesti ada usaha meluluskan RUU anti-lompat parti atau dengan istilah yang lebih tepat, iaitu anti khianat, belot, menipu rakyat. “Tapi yang melucukan semalam, daripada 209 undi termasuk pendirian PH tersebut, orang-orang yang bersekongkol dalam pengkhianatan dan katak-katak, orang yang dianggap melompat parti pun turut mengundi, jadikan suatu perkara yang agak lucu tetapi menyenangkan,” katanya di Facebook.…

Read More

Majlis Presiden PH tuntut 3 perkara

KUALA LUMPUR 29 Julai  – Selepas Rang Undang-Undang (RUU) anti lompat parti diluluskan, Pakatan Harapan (PH) menuntut tiga lagi perkara dilaksanakan termasuk mengehadkan jawatan Perdana Menteri tidak lebih 10 tahun seperti ketetapan dimeterai dalam Memorandum Persefahaman (MoU) sebelum ini. Selain itu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob juga dituntut membentang dan meluluskan RUU Perkhidmatan Parlimen dan Pindaan kepada Peraturan Mesyuarat Parlimen bagi memastikan prosiding Dewan Rakyat dan Dewan Negara berjalan dengan lebih teratur dan lancar sebelum Parlimen dibubarkan. Majlis Presiden PH dalam kenyataan bersama, berkata masih berbaki tiga perkara lagi perlu…

Read More

Tiada lagi kawasan ‘simpanan tetap’

JOHOR BAHRU 29 Julai – Terdapat beberapa kawasan yang tidak lagi menjadi ‘simpanan tetap’ bagi Barisan Nasional (BN) Johor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata  Pengerusi BN Johor,  Hasni Mohammad. Beliau mengambil contoh seperti di Johor timur antaranya di Parlimen Pengerang, Kota Tinggi, Tenggara dan Mersing. “Saya tidak menolak terdapat kemungkinan di sesetengah kerusi cabaran bertanding adalah lebih berbanding tempat lain. Menjelang PRU-15 ini kita tidak boleh mengambil mudah setiap kerusi yang dipertandingkan. “Di Johor, kita tidak menggunakan pendekatan kerusi tradisi. Jadi kita kena kerja kuat di semua…

Read More

Gelombang haba dijangka lebih tinggi

PARIS: Satu kajian menunjukkan gelombang haba yang berpunca daripada perubahan iklim di Britain mungkin akan meningkat sekurang-kurangnya 10 kali lebih tinggi. Di kawasan timur England merekodkan suhu tinggi sepanjang masa 40.3 darjah Celsius yang mencetuskan kebakaran dan memusnahkan puluhan rumah di London. Secara keseluruhan, sekurang-kurangnya 34 lokasi di Britain mencatat rekod tertinggi pada 20 Julai, ketika gelombang panas memuncak di kawasan barat Eropah. Pasukan penyelidik antarabangsa cuba menggambarkan cuaca panas melampau seperti itu berlaku sebelum era perindustrian bermula pada pertengahan abad ke-19. Mereka kemudiannya membandingkan kemungkinan itu dengan gelombang haba…

Read More