TOKYO: Selepas merekodkan 200,954 kes Covid-19 pada Sabtu lalu, Jepun mencatatkan kes harian tertinggi dalam sejarah apabila sebanyak 209,694 kes disahkan semalam dengan jumlah kematian 122 orang. Minggu lepas, kira-kira 201,000 kes jangkitan direkodkan dan angka kematian melebihi 100 orang untuk tempoh dua hari berturut-turut. Berikutan negara itu terus bergelut dengan gelombang ketujuh yang didorong varian Omicron BA.5, pakar kesihatan menggesa ‘tindakan berjaga-jaga tahap maksimum’. Warga emas pula dinasihatkan untuk tidak keluar rumah atas urusan yang tidak penting kerana berisiko tinggi mengalami gejala yang teruk. Bagaimanapun, di sebalik peningkatan semula…
Read MoreMonth: July 2022
Scammer: Enam bulan rugi RM362 juta
KUALA LUMPUR 28 Julai – Dewan Rakyat diberitahu hari ini, dalam tempoh enam bulan, Januari hingga Jun, sebanyak 10,468 kertas siasatan dibuka berhubung kes jenayah dalam talian yang melibatkan kerugian lebih RM362 juta. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Ismail Mohamed Said berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,169 pertuduhan telah pun dilaksanakan membabitkan jenayah scammer bagi tempoh yang sama. Jelas beliau, peningkatan kes jenayah penipuan dipengaruhi kepesatan pembangunan dan kecanggihan era teknologi yang membawa kepada kewujudan pelbagai aplikasi yang membantu masyarakat bertukar maklumat dan sebagainya. Mengikut statistik yang diberi, Kontinjen Kuala Lumpur…
Read MoreKonvensyen PN 27 Ogos
KUALA LUMPUR 28 Julai – Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan Konvensyen PN pada 27 Ogos ini sempena ulang tahun kedua penubuhan gabungan berkenaan. Perkara itu dinyatakan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, selepas mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi PN di sini malam tadi. Presiden parti anggota PN dan ahli-ahli Majlis Tertinggi hadir pada mesyuarat itu. “Saya telah melaporkan beberapa perkembangan terkini PN termasuk pelancaran PN Kelantan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat di negeri Kelantan dan pelancaran PN Terengganu di Marang pada 30 Julai 2022,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini. Beliau…
Read MorePN kecewa PM tidak bersungguh
KUALA LUMPUR 28 Julai – Perikatan Nasional (PN) kecewa dengan Ismail Sabri Yaakob yang dilihat tidak bersungguh dalam memenuhi terma-terma penting terkandung dalam perjanjian di antara gabungan itu dengan Perdana Menteri. Pendirian itu dinyatakan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN malam tadi yang dipengerusikan Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu. Mesyuarat dihadiri presiden semua parti komponen PN, iaitu Presiden Pas, Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Dr Jeffrey Kitingan; Parti Maju Sabah (SAPP), Yong Teck Lee; Presiden Gerakan, Dr Dominic Lau dan ahli-ahli MT gabungan…
Read More15.6 % remaja guna produk tembakau
PUTRAJAYA 28 Julai – Sebanyak 15.6 peratus daripada remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Malaysia menggunakan produk tembakau, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah. Katanya, data itu diperoleh berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2019 di mana dapatan itu menunjukkan 11.6 peratus dalam kalangan usia itu adalah perokok aktif dan 7.5 peratus lagi menggunakan vape atau e-rokok. “Secara keseluruhannya, sebanyak 15.6 peratus daripada semua remaja di Malaysia berumur 15 hingga 19 tahun menggunakan produk tembakau,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini. Beliau menyeru sokongan masyarakat…
Read MoreAgong rasmi YASA Taman Melati
SERI Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat merasmikan Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) Taman Melati di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur hari ini. Turut berangkat, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Pusat Hemodialisis YASA Taman Melati merupakan pusat hemodialisis yang keempat yang telah ditubuhkan oleh YASA dan pusat hemodialisis YASA yang pertama ditempatkan di pekarangan sebuah masjid.
Read MorePermit khas beli lebih 20 liter petrol, diesel
PUTRAJAYA 28 Julai – Syarikat berskala kecil, organisasi atau individu perlu memohon permit khas mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, untuk melayakkan membeli petrol dan diesel melebihi 20 liter untuk kegunaan sendiri. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi, berkata permit khas itu bagi mengelakkan barang kawalan dan bersubsidi seperti petrol dan diesel diseleweng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Katanya, tiada bayaran dikenakan bagi permohonan permit khas berkenaan. Pihak yang diberi kebenaran untuk membeli minyak petrol dan diesel melalui Permit Khas boleh menggunakan tong drum, plastik atau…
Read MoreArab Saudi batalkan ‘hos umrah’
RIYADH: Arab Saudi membatalkan program ‘Hos Umrah’ atau ‘Tuan Rumah Umrah’ yang membolehkan rakyat dan ekspatriat Arab Saudi membawa masuk tiga hingga lima jemaah asing untuk menunaikan ibadah itu. Menurut laporan Saudi Gazette, jurucakap Kementerian Haji dan Umrah, Hisham Bin Saeed, berkata projek itu dibatalkan dan tidak akan dilaksanakan selepas tiga tahun ia dijalankan. Menerusi program itu, seorang warganegara boleh menjadi tuan rumah kepada mana-mana orang Islam dari luar negara, manakala ekspatriat pula boleh menjadi tuan rumah kepada saudara-mara terdekat untuk menunaikan ibadah umrah. Kementerian pula akan mengeluarkan visa kepada…
Read MoreBerita pilihan…
Kurangkan seks lelaki dengan lelaki
GENEVA 28 Julai – Ketika peningkatan kes cacar monyet di seluruh dunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa golongan homoseksual yang paling terjejas akibat virus cacar monyet mengehadkan pasangan seksual mereka Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, Sabtu lalu mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global turut menasihati cara terbaik untuk melindungi daripada jangkitan adalah ‘mengurangkan risiko pendedahan’. “Bagi lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki digesa mengurangkan bilangan pasangan seksual anda, mempertimbangkan semula hubungan seks dengan pasangan baharu dan berhubung dengan mana-mana pasangan baharu untuk membolehkan tindakan susulan jika perlu,”…
Read More