JIMBA Bangi tawar pelbagai aktiviti

BANGI 29 Ogos – Karnival Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) selama dua hari bermula hari ini (29 & 30 Ogos) dengan pelbagai program di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi.

Karnival ini menghimpunkan pelanggan, keluarga, komuniti serta rakan strategik Andalusia, pengendali haji dan umrah.

Program bermula dengan Kursus Umrah Perdana yang dibimbing Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd (Andalusia)  Md Daud Che Ngah di pentas utama Karnival JIMBA.

Pada masa yang sama Kuliah Duha Perdana bertajuk Al-Quran Penawar Hati Wanita berlangsung di Dewan Solat yang disampaikan oleh Ustazah Farhatul Fairuzah.

Selain ceramah dan kuliah, turut dianjurkan pada hari pertama adalah Pertandingan Perarakan Cinta Rasul, pelancaran Digitalisasi Andalusia, serta Malam Kemuncak Bangi Berselawat 7.0 dengan kumpulan qasidah jemputan Mahabbah D Itqan.

Penceramah tausiah pula adalah Ustaz Zul Ramli M Razali.

Esok 30 Ogos akan berlangsung Bicara Santunan Jiwa oleh Ustaz Elyas Ismail, pertandingan Misi Keluarga Patriot, Pertandingan Pentas Puisi Merdeka, pertandingan Suara Bilal Cilik, Pertandingan Mewarna Merdeka, Magic Show oleh Fakhrul Illusionz.

Sempena karnival itu juga, pelbagai gerai jualan dan promosi diadakan, termasuk pemeriksaan kesihatan, soopa doopa dan petting zoo.

Gerai Andalusia pula bersedia melayani pengunjung dengan pelbagai pakej umrah dan pelancongan serta maklumat berkaitan cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah termasuk Perodua Myvi, Proton Saga MC3 2026 dan Produa Bezza 1.3 AV.

NNN

Related posts

Leave a Comment