Bersatu tidak sertai perbahasan RUU

KUALA LUMPUR 28 Julai – Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai larangan Ahli Parlimen (MP) bertukar parti selesai dibahaskan selama dua hari, tanpa penglibatan anggota Parlimen Bersatu.

Perbahasan yang bermula pukul 12 tengah hari semalam hingga  4 petang ini melibatkan sejumlah 54 Ahli Parlimen yang mewakili pelbagai parti politik.

Ini termasuk BN, Pas, PKR, DAP,  Amanah, Pejuang, Muda, Gabungan Parti Sarawak (GPS), UPKO, Parti Sarawak Bersatu (PSB), PBM dan Bebas.

Bagaimanapun, selepas hampir 10 jam sesi perbahasan berlangsung, tiada seorang pun dalam kalangan sembilan Ahli Parlimen Bersatu yang tidak menganggotai pentadbiran kerajaan, bangun membahaskan RUU yang mengekang tindakan lompat parti dalam kalangan wakil rakyat itu.

Untuk rekod kebanyakan anggota Parlimen Bersatu terdiri daripada mereka yang berasal dari UMNO dan PKR serta menganggotai Kabinet.

Sembilan anggota Parlimen Bersatu yang tidak menganggotai Kabinet adalah Muhyiddin Yassin (Pagoh), Azizah Mohd Dun (Beaufort), Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Mohd Redzuan Md Yusof (Alor Gajah).

Selain itu, Zakaria Mohd Edris (Libaran), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Abd Rahim Bakri (Kudat), Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor) dan Mohamaddin Ketapi (Lahad Datu).

Situasi itu menimbulkan persoalan mengenai pendirian Bersatu sama ada parti menyokong atau menolak RUU berkenaan, dan mengundang kemungkinan RUU tidak diluluskan jika gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga.

Bagaimanapun pada sidang media selepas itu, Setiausaha Agung Bersatu

Hamzah Zainudin menjelaskan situasi sebenar kenapa mereka tidak mengambil bahagian serta pendirian mereka yang memberi sokongan kepada RUU itu.

Related posts

Leave a Comment