Kes kedua cacar monyet Thailand

BANGKOK 29 Julai – Kes cacar monyet kedua yang disahkan di Thailand ditemui di Bangkok, melibatkan lelaki warga Thailand berusia 47 tahun, kata Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul.

Katanya,  lelaki itu yang melakukan hubungan fizikal dengan warga asing dimasukkan ke Hospital Vajira minggu lalu selepas mengalami demam, sakit otot dan ruam di seluruh badan.

Beliau berkata, kakitangan perubatan hospital itu akan memantau simptom pesakit selama 21 hari.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Opas Karnkawinpong, berkata pihaknya sedang menjalankan ujian terhadap 10 orang yang pernah bersentuhan dengan pesakit cacar monyet kedua itu.

Tambahnya, pasukan penyiasat penyakit sedang mempercepatkan mengesan orang lain yang bersentuhan dengan pesakit.

Related posts

Leave a Comment