8,565 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 28 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 8,565 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 8,206 jangkitan tempatan dan 359‬ ‬kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,694,454 manakala dua kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 1,492 orang meninggal dunia

Menurut MoH, sebanyak 7,724 kes iaitu 7,411 kes tempatan dan 313 import adalah  pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 841 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR di mana 795 adalah jangkitan tempatan, manakala 46 adalah kes import.

Sementara itu, sebanyak 688 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 707 yang dicatatkan semalam di mana 66 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 18 dipantau rapi di ICU manakala 6,069 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Bagi program vaksinasi, setakat 27 Julai, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin.

Related posts

Leave a Comment