1,578 masih hilang, 392 maut

KATHMANDU – Banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda sempadan Nepal-Tibet menyebabkan 1,468 individu dilaporkan hilang manakala pò392 disahkan maut.

Agensi pengurusan bencana Nepal memaklumkan 910 individu masih belum ditemukan di negara itu, termasuk sekurang-kurangnya 517 warga asing.

Di Tibet, pihak berkuasa China pula melaporkan 558 individu hilang, termasuk 260 warga asing.

Lembaga Pelancongan Nepal merekodkan 667 pelancong dan pengembara tempatan serta asing sebagai hilang, termasuk 127 warga Nepal.

Antara warga asing yang belum ditemukan ialah 178 rakyat India, 90 warga Amerika Syarikat (AS), 56 rakyat Ukraine, lebih 50 warga Malaysia, 35 warga Australia dan 33 rakyat United Kingdom (UK).

Beberapa mangsa dilaporkan berjaya diselamatkan, namun operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di kawasan terjejas.

Related posts

Leave a Comment