Indonesia catat 3,540 kes baharu

JAKARTA 17 Julai – Indonesia merekodkan 3,540 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,134,953 sejak kes pertama diumumkan pada 2 Mac 2020. Lima daerah merekodkan kes harian tertinggi iaitu Jakarta yang mencatatkan 2,002 kes diikuti Jawa Barat 519, Banten 412, Jawa Timur 230, dan Bali 105 kes. Jumlah kes aktif pula bertambah sebanyak 956 dalam tempoh 24 jam terakhir, menjadikan jumlahnya meningkat kepada 27,550 di mana mereka yang positif menjalani rawatan di hospital atau pengasingan diri. Sebanyak 2,574 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan…

Read More

10 kes perlu bantuan oksigen

BANDAR SERI BEGAWAN 17 Julai – Sebanyak 10 kes Covid-19 dilaporkan dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan rawatan atau bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini, tiada kes di dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Sebanyak 1,779 kes Covid-19 disahkan sembuh yang membawa jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 185,375 orang. Bagi program vaksinasi, sebanyak 78 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin…

Read More

Kes jangkitan Singapura 6,947

SINGAPURA 17 Julai – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Singapura menunjukkan penurunan hari ini apabila Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 6,947 kes setakat pukul 12 tengah hari ini berbanding 9,153 semalam. Menurut MoH, daripada jumlah itu, sebanyak 6,638 adalah jangkitan tempatan dan 309‬ ‬lagi kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,596,046 kes dengan jumlah kematian pula tiga orang yang membawa kepada jumlah kumulatif 1,453 orang meninggal dunia setakat ini. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 6,253 iaitu 5,985 kes tempatan dan 268 import merupakan kes Protokol 2 iaitu pesakit…

Read More

PM Singapura terima darjah kebesaran

BANDAR SERI BEGAWAN : Sempena sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Hasanal Bolkiah Ke-76, pada Jumaat lalu, satu Majlis Persantapan diadakan di Istana Nurul Iman, di sini semalam. Turut berangkat, Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta paduka-paduka anakanda dan adinda baginda. Turut hadir pada majlis tersebut, tetamu-tetamu khas baginda, antaranya Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Abdul Taib Mahmud dan isteri; Perdana Menteri Republik Singapura,  Lee Hsien Loong dan isteri. Sebelum berangkat ke Dewan Majlis Persantapan, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Laila Utama…

Read More

MoU : Anwar jumpa PM minggu depan

SHAH ALAM 17 Julai – Pakatan Harapan (PH) tidak mahu memaksa kerajaan mengadakan pilihan raya umum selepas Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik berakhir pada 31 Julai ini. Pengerusi PH, Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR berkata, beliau akan bertemu Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob minggu depan untuk berbincang lebih lanjut mengenai MoU antara kerajaan Persekutuan dengan PH itu. Begitu satu perbincangan dengan DAP dan Amanah akan diadakan bagi membincangkan MoU berkenaan kerana DAP dan PKR mempunyai ahli majlis baharu selepas pemilihan kedua-dua parti yang diadakan baru-baru ini. “Bagi…

Read More

PH tiada kerjasama dengan pengkhianat

SHAH ALAM 17 Julai – Tidak akan ada kerjasama politik Pakatan Harapan (PH) dengan pihak yang pernah mengkhianati mandat mereka sendiri, selain tiada kesungguhan kepada agenda reformasi, kata Pengerusi PH, Anwar Ibrahim. Bagaimanapun pihaknya tidak berdepan masalah sekiranya perbincangan berkaitan hal khemah besar itu berjalan dalam kerangka ditetapkan gabungan itu. “Pihak yang bangkitkan (khemah besar) itu bukan saya, tetapi ada didengar beberapa usaha untuk perluaskan. Saya jawab sebagai PKR, peranan kita untuk perkukuhkan PKR dan induknya adalah PH. “Soal untuk ada perbincangan dengan pihak lain itu tiada masalah, tetapi khemah…

Read More

2,028 kes baharu Covid-19 Thailand

BANGKOK 17 Julai – Sebanyak 2,028 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam dengan 18 kematian yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,559,029 kes dan 30,996 orang meninggal dunia. Jumlah tersebut menunjukkan pengurangan kematian berbanding 20 semalam dan juga pertambahan tiga kes berbanding 2,025 semalam. Setakat semalam, sebanyak 23,299 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 10,691 di hospital, 951 di kemudahan hospital dan 11,640 di rumah atau pengasingan komuniti. Menurut Jabatan Kawalan Penyakit, sebanyak 785 pesakit dilaporkan serius dan 352 bergantung kepada bantuan ventilator. Jumlah pesakit sembuh pula adalah sebanyak 2,578…

Read More

PKR : Johari Abdul tewas lagi

SHAH ALAM 17 Julai – Beberapa orang anggota Parlimen tewas dalam pemilihan bagi mengisi jawatan 20 ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam yang keputusannya diumumkan hari ini. Mereka termasuklah anggota Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang sebelum ini tewas dalam perebutan jawatan Ketua Cabang Sungai Petani, selepas dimenangi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Ooi Tze Min. Tze Min bagaimanapun tewas dalam pemilihan MPP PKR kali ini, selepas namanya tidak diumumkan JPP yang membentang keputusan pada Kongres Nasional PKR 2022 berlangsung di Pusat Konvensyen IDEAL…

Read More