PM Singapura terima darjah kebesaran

BANDAR SERI BEGAWAN : Sempena sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Hasanal Bolkiah Ke-76, pada Jumaat lalu, satu Majlis Persantapan diadakan di Istana Nurul Iman, di sini semalam.

Turut berangkat, Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta paduka-paduka anakanda dan adinda baginda.

Turut hadir pada majlis tersebut, tetamu-tetamu khas baginda, antaranya Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Abdul Taib Mahmud dan isteri; Perdana Menteri Republik Singapura,  Lee Hsien Loong dan isteri.

Sebelum berangkat ke Dewan Majlis Persantapan, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K) yang membawa gelaran ‘Dato Laila Utama’ kepada Lee Hsien Loong yang diadakan di Cheradi Laila Kenchana.

Baganda juga berkenan mengurniakan Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Pertama (P.S.L.J) yang membawa gelaran ‘Datin Paduka Seri Laila Jasa’ kepada isteri Lee, Madam Ho Ching.

Related posts

Leave a Comment