10 kes perlu bantuan oksigen

BANDAR SERI BEGAWAN 17 Julai – Sebanyak 10 kes Covid-19 dilaporkan dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan rawatan atau bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini, tiada kes di dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Sebanyak 1,779 kes Covid-19 disahkan sembuh yang membawa jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 185,375 orang.

Bagi program vaksinasi, sebanyak 78 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 51.7 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin.

Sementara itu, sebanyak 73.9 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 4.9 peratus menerima empat dos vaksin Covid-19.

Related posts

Leave a Comment