Indonesia catat 3,540 kes baharu

JAKARTA 17 Julai – Indonesia merekodkan 3,540 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,134,953 sejak kes pertama diumumkan pada 2 Mac 2020.

Lima daerah merekodkan kes harian tertinggi iaitu Jakarta yang mencatatkan 2,002 kes diikuti Jawa Barat 519, Banten 412, Jawa Timur 230, dan Bali 105 kes.

Jumlah kes aktif pula bertambah sebanyak 956 dalam tempoh 24 jam terakhir, menjadikan jumlahnya meningkat kepada 27,550 di mana mereka yang positif menjalani rawatan di hospital atau pengasingan diri.

Sebanyak 2,574 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,950,554 orang pulih.

Bagi kes kematian pula, sebanyak 10 lagi pesakit Covid-19 dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada 156,849 kematian.

Related posts

Leave a Comment