Kes jangkitan Singapura 6,947

SINGAPURA 17 Julai – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Singapura menunjukkan penurunan hari ini apabila Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 6,947 kes setakat pukul 12 tengah hari ini berbanding 9,153 semalam.

Menurut MoH, daripada jumlah itu, sebanyak 6,638 adalah jangkitan tempatan dan 309‬ ‬lagi kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,596,046 kes dengan jumlah kematian pula tiga orang yang membawa kepada jumlah kumulatif 1,453 orang meninggal dunia setakat ini.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 6,253 iaitu 5,985 kes tempatan dan 268 import merupakan kes Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 694‬‬‬‬‬‬ kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 653 adalah jangkitan tempatan, manakala 41 kes import.

Sementara itu, sebanyak 789 pesakit masih dirawat di hospital, di mana 81 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 14 dipantau rapi di ICU manakala

10,947 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai program vaksinasi, setakat 16 Julai, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment