2,028 kes baharu Covid-19 Thailand

BANGKOK 17 Julai – Sebanyak 2,028 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam dengan 18 kematian yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,559,029 kes dan 30,996 orang meninggal dunia.

Jumlah tersebut menunjukkan pengurangan kematian berbanding 20 semalam dan juga pertambahan tiga kes berbanding 2,025 semalam.

Setakat semalam, sebanyak 23,299 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 10,691 di hospital, 951 di kemudahan hospital dan 11,640 di rumah atau pengasingan komuniti.

Menurut Jabatan Kawalan Penyakit, sebanyak 785 pesakit dilaporkan serius dan 352 bergantung kepada bantuan ventilator.

Jumlah pesakit sembuh pula adalah sebanyak 2,578 orang dan dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan pesakit yang telah pulih daripada Covid-19 meningkat kepada 4,504,734 orang.

Mengenai vaksinasi pula, sebanyak 140.71 juta dos telah disuntik di mana

82.0 peratus daripada penduduk mendapat sekurang-kurangnya satu dos,  76.7 peratus dua dos dan 43.6 sekurang-kurangnya satu dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment