Lelaki dijel 2 tahun tipu ‘jemaah haji’

SINGAPURA 7 Julai – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dua tahun hari ini kerana memperdayakan lebih 85 mangsa dalam satu penipuan berkaitan ibadah haji  pada tahun 2018. Mohd Ramlee AB Samad, 62 tahun, mengaku bersalah atas 20 tuduhan menipu dengan lagi 65 kesalahan serupa dipertimbangkan ketika menjatuhkan hukuman. Dia mengaku menipu 69 individu untuk membayar lebih S$97,000 pada 2018, kononnya bagi lawatan untuk menunaikan ibadah haji. Menurut laporan media Singapura, semua 85 mangsa juga diperdaya untuk menyerahkan pasport mereka kepada Ramlee bagi mendapatkan visa. Dia menjalankan penipuan itu dengan bantuan…

Read More

9,985 kes baharu Singapura

SINGAPURA 7 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 9,985 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 9,534 jangkitan tempatan dan 451 ‬kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,505,938 dengan jumlah kematian pula 1,426 orang termasuk tiga yang dilaporkan meninggal dunia hari ini Menurut MoH, sebanyak 9,151 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ini terdiri daripada 8,754 kes tempatan dan 397 kes import manakala…

Read More

Boris Johnson letak jawatan PM Britain

LONDON 7 Julai – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson bersetuju meletak jawatan hari ini  Khamis selepas kerajaan pimpinannya dikejutkan dengan beberapa siri peletakan jawatan sejak dua hari lalu. Johnson berkata proses memilih pemimpin baharu akan diumumkan minggu depan dan dalam tempoh itu, beliau akan terus memegang jawatan itu sehingga pemimpin baharu dipilih. “Sekarang sudah jelas kehendak Parti Konservatif iaitu perlu ada pemimpin dan perdana menteri baharu, dan saya bersetuju…proses memilih pemimpin baharu itu harus bermula sekarang,” kata Johnson Beliau berkata berjuta-juta orang mengundi parti itu pada 2019 dan berterima kasih…

Read More

Lagi kes import cacar monyet di Singapura

SINGAPURA 7 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) mengesahkan satu lagi kes import jangkitan cacar monyet di Singapura, melibatkan lelaki warganegara India berusia 36 tahun. Dalam kemas kini situasi cacar monyet, MoH menyatakan lelaki yang menetap di Singapura itu baru-baru ini pulang ke sini dari Amerika Syarikat (AS) dan dimasukkan ke dalam wad di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID). “Lelaki itu mengalami rasa tidak selesa pada bahagian dubur pada 28 Jun dan gejala lain termasuk ruam biasa dikaitkan dengan cacar monyet secara bertahap-tahap sepanjang beberapa hari,” menurut MoH. Lelaki itu…

Read More

Kerjasama pembangunan vaksin

ANKARA 7 Julai – Turkiye berharap peningkatan hubungannya dengan Malaysia kepada perkongsian strategik yang menyeluruh akan terus memperkukuh kerjasama ekonomi dan komersial termasuk pembangunan vaksin. Presiden Recep Tayyip Erdogan, berkata antara pelan segera republik itu, yang menjadi negara kesembilan di dunia mampu menghasilkan sendiri vaksin Covid-19 tahun lalu, ialah melancarkan vaksin TURKOVAC di Malaysia. “Kami berhasrat memindahkan teknologi dan menjalankan kajian berkaitan vaksin bersama-sama,” katanya pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob, yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Turkiye. Semasa mesyuarat pemimpin yang berlangsung di…

Read More

Jemaah sedia wukuf di Arafah

MAKKAH: Hampir semua jemaah dari seluruh dunia sudah berada di Tanah Suci Makkah bagi melakukan ibadah haji dengan bersiap sedia untuk berwukuf di Arafah, esok, Jumaat. Ibadah haji terbesar sejak wabak Covid-19 bermula semalam dengan ratusan ribu jemaah yang kebanyakannya tidak memakai pelitup muka dijangka memenuhi lokasi paling suci bagi umat Islam untuk menunaikan haji. Sejuta umat Islam yang sudah divaksin sepenuhnya termasuk 850,000 dari luar negara dibenarkan menunaikan haji tahun ini, selepas jumlah itu dikurangkan secara drastik akibat pandemik Covd-19. Ibadah haji tahun ini lebih besar daripada 2020 dan…

Read More

Cacar monyet: 2 lagi meninggal dunia

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan dua kematian baharu disebabkan jangkitan cacar monyet, sejak kemas kini wabak itu pada 27 Jun lalu menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak tiga orang sejak awal tahun ini. Menurut WHO, pihaknya juga mengesan wabak itu menular ke beberapa kawasan baharu manakala jumlah kes meningkat 77 peratus sejak laporan terakhir setakat 6,027 kes. WHO berkata, sebahagian besar kes dilaporkan di rantau Eropah dengan, tiga kes kematian baharu dilaporkan di Afrika. Kemas kini data menunjukkan lebih 99 peratus kes adalah dalam kalangan lelaki. “Wabak ini terus memberi…

Read More

Kerjasama stabil bekalan makanan

ANKARA 7 Julai – Malaysia dan Turkiye hari ini bersetuju untuk bekerjasama bagi memastikan rantaian bekalan makanan sentiasa mencukupi serta stabil, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri berkata beliau dan Presiden, Recep Tayyip Erdogan sependapat bahawa isu keselamatan makanan kian meruncing akibat pandemik Covid-19 serta konflik Rusia-Ukraine Justeru, beliau berkata, pelbagai langkah segera akan dilaksanakan kedua-dua negara bagi memastikan rantaian bekalan sentiasa mencukupi dan stabil. Bercakap pada sidang media bersama Presiden Turkiye, Ismail Sabri berkata, Malaysia dan Turkiye akan meningkatkan perdagangan produk makanan dan akan terus menjalin kerjasama meliputi…

Read More

Malaysia – Turkiye kukuh kerjasama

ANKARA 7 Julai – Malaysia dan Tukiye bersetuju untuk memperkukuh kerjasama ke tahap perkongsian strategik komprehensif dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, pendidikan, minyak sawit, pendidikan dan pertahanan. Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob, berkata, hasil perbincangan produktif dalam rangka lawatan kali ini bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan membuahkan hasil yang memberangsangkan. Pada hari ini saya dan Presiden Turkiye bersetuju supaya kerjasama ditingkatkan ke tahap perkongsian strategik komprehensif memandangkan skop kerjasama telah berkembang meliputi pelbagai sektor seperti ekonomi, pendidikan dan keselamatan makanan,” katanya pada sidang media kemuncak lawatan rasmi beliau ke…

Read More

Kelulusan bersyarat Remdesivir 100 mg

PUTRAJAYA 7 Julai – Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk anti virus Veklury Iyophilized powder for injection (Remdesivir 100 mg), keluaran Patheon Manufacturing Services LLC, Amerika Syarikat. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kelulusan itu dibuat pada Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-374 yang bersidang hari ini untuk kegunaan semasa bagi rawatan Covid-19. Beliau berkata, produk itu digunakan bagi merawat pesakit Covid-19 dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas dengan berat sekurang-kurangnya 40 kilogram. Mereka yang boleh menggunakan produk…

Read More