Cacar monyet: 2 lagi meninggal dunia

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan dua kematian baharu disebabkan jangkitan cacar monyet, sejak kemas kini wabak itu pada 27 Jun lalu menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak tiga orang sejak awal tahun ini.

Menurut WHO, pihaknya juga mengesan wabak itu menular ke beberapa kawasan baharu manakala jumlah kes meningkat 77 peratus sejak laporan terakhir setakat 6,027 kes.

WHO berkata, sebahagian besar kes dilaporkan di rantau Eropah dengan, tiga kes kematian baharu dilaporkan di Afrika.

Kemas kini data menunjukkan lebih 99 peratus kes adalah dalam kalangan lelaki.

“Wabak ini terus memberi kesan terutamanya kepada lelaki yang mengadakan hubungan seks sesama lelaki yang melaporkan melakukan hubungan seks baru-baru ini, dengan satu atau beberapa pasangan lelaki dengan menunjukkan tiada isyarat penularan berterusan di luar rangkaian buat masa ini,” katanya.

Related posts

Leave a Comment