MB dijangka menghadap Tuanku Nadzaruddin

SEREMBAN 22 Sept. – Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dijadualkan menghadap Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar, esok.

Menurut laporan media, perjumpaan berkenaan bagi sesi suai kenal dan silaturahim yang dijadualkan berlangsung di Galeri Diraja Tuanku Jaafar, di sini, pada pukul 9 pagi.

Dijangka turut hadir dalam pertemuan itu adalah Undang Yang Empat (Undang yang dipertikai), Tunku Besar Tampin dan Datuk Shahbandar Sungei Ujong.

Rakan media juga dijemput hadir bagi membuat liputan perjumpaan berkenaan.

Khamis lalu, media melaporkan satu kenyataan atas nama Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri disiarkan di beberapa portal bahawa proklamasi pemilihan Tuanku Nadzaruddin menurut Perkara 11 UUTKNS 1959 bertarikh 19 April 2026, sudah ditandatangani dan dicop mohor oleh Undang Luak yang sah dan berkuat kuasa.

Kenyataan itu menyebut bahawa proklamasi itu adalah teratur dan sempurna menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.

Menteri Besar Negeri Sembilan,  dilaporkan mengesahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Beliau berkata, perkara itu sudah diputuskan sebulat suara oleh semua EXCO dalam mesyuarat pada Selasa minggu lalu.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment