9,985 kes baharu Singapura

SINGAPURA 7 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 9,985 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 9,534 jangkitan tempatan dan 451 ‬kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,505,938 dengan jumlah kematian pula 1,426 orang termasuk tiga yang dilaporkan meninggal dunia hari ini

Menurut MoH, sebanyak 9,151 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Ini terdiri daripada 8,754 kes tempatan dan 397 kes import manakala 834‬‬‬ kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 780 jangkitan tempatan, dan 54 adalah kes import.

Sementara itu, seramai 671 pesakit masih dirawat di hospital, di mana 72 memerlukan bantuan oksigen, 12 dipantau rapi di ICU manakala 6,241 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Related posts

Leave a Comment