Somad didakwa sebar ajaran ekstremis

SINGAPURA 17 Mei – Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) mengesahkan Abdul Somad Batubara, pendakwah Indonesia yang tiba di sini semalam  (Isnin 16 Mei) dilarang masuk dan dihantar pulang ke Batam pada hari yang sama.  MHA dalam satu kenyataan malam ini sebagai respons kepada pertanyaan media memaklumkan enam orang lagi yang bersamanya juga dilarang masuk sejurus  tiba di Terminal Feri Tanah Merah. Menurut MHA, sebaik tiba di terminal dari Batam, Indonesia, Ustaz Abdul Somad telah ditemu bual. Berikutan temu bual itu, beliau bersama enam yang lain tidak dibenarkan masuk ke Singapura…

Read More

Indonesia longgar pelitup muka

JAKARTA 17 Mei – Presiden Indonesia Joko Widodo malam ini mengumumkan bahawa pelitup muka tidak lagi diperlukan di luar rumah atau di kawasan terbuka yang tidak sesak berikutan pandemik Covid-19 yang semakin terkawal. Melalui ucapan di saluran YouTube presiden, Jokowi juga memaklumkan pelawat yang sudah lengkap divaksin tidak lagi dikehendaki untuk menunjukkan keputusan negatif ujian Covid-19 apabila tiba di negara tersebut.  “Pelawat domestik dan antarabangsa yang sudah lengkap divaksin tidak lagi perlu menjalani ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) atau swab antigen,” katanya. Mengenai pelitup muka, Jokowi menjelaskan orang ramai…

Read More

Singapura catat 2,664 kes baharu

SINGAPURA 17 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,664 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 2,602 jangkitan tempatan dan 62 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,247,671 dengan individu yang meninggal dunia pula meningkat kepada 1,367 orang termasuk satu kematian yang direkodkan hari ini. Sebanyak 2,366 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes terdiri daripada 2,320 jangkitan tempatan dan 46 kes import…

Read More

Presiden Singapura ucap takziah UAE

SINGAPURA 17 Mei – Presiden Halimah Yacob menyampaikan ucap takziah kepada pemimpin Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan atas pemergian bekas pemimpin UAE, Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan. Presiden Halimah berada di UAE semalam bagi mewakili Singapura di majlis perkabungan rasmi Almarhum Sheikh Khalifa. Dalam catatannya di Facebook, Presiden Halimah berkata Sheikh Khalifa disayangi oleh rakyat UAE dan akan dirindui. “Di bawah kepemimpinan Sheikh Khalifa, UAE mencatatkan kemajuan dan perkembangan yang stabil. Hubungan antara Singapura dengan UAE juga semakin kukuh sejak Sheikh Khalifa menyambut kedatangan…

Read More

Brunei Darussalam catat 265 kes

BERAKAS 17 Mei  – Brunei Darussalam hari ini mencatatkan sedikit penurunan kes harian Covid-19 apabila merekodkan 265 berbanding 294 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 145,221. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Abu Bakar Apong berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 261 adalah hasil Ujian ART dan empat kes lagi hasil daripada 370 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap mewakili Menteri Kesihatan pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes direkodkan dalam…

Read More

Kes harian Thailand catat penurunan

BANGKOK 17 Mei – Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini menunjukkan penurunan, terendah sejak 4 Januari lalu dengan mencatatkan 3,893 kes berbanding 5,238 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,382,977. Bagaimanapun jumlah itu tidak termasuk 2,945 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang lalu. Dalam tempoh yang sama jumlah kematian harian juga turun dengan 38 orang meninggal dunia berbanding 54 sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 29,550 kematian setakat semalam. Setakat semalam sebanyak 63,337 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 24,288 di hospital di mana 1,245 dalam keadaan kritikal dan…

Read More

Terus aktif atasi masalah rasuah

ARAU 17 Mei – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah, kemajuan tidak akan dapat dicapai sekiranya amalan rasuah berleluasa dalam kehidupan seharian masyarakat. Titah baginda, perbuatan seperti meminta, menawar, memberi dan menerima rasuah adalah salah di sisi agama dan undang-undang negara. Menurut baginda,  menggunakan kuasa dan jawatan demi kepentingan peribadi dan membuat tuntutan palsu juga sebahagian daripada amalan rasuah yang mesti dihindari. “Amalan rasuah, jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial dan seterusnya boleh mengancam kesejahteraan negara,” titah Tuanku Syed Sirajuddin sempena sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan…

Read More

9,357 kes demam denggi di Selangor

SHAH ALAM 17 Mei – Sejumlah 9,357 kes demam denggi dilaporkan di Selangor, tahun ini setakat 7 Mei lalu, dengan peningkatan sebanyak 70 peratus atau 3,854 kes berbanding tempoh minggu epid (ME) yang sama pada tahun lalu. Pengarah Kesihatan Selangor, Dr Sha’ari Ngadiman, berkata lima daerah utama merekodkan bilangan kes demam denggi tertinggi, iaitu Petaling 3,481 kes (37.2 peratus), Klang (3,197 / 23.5 peratus), Hulu Langat (2,008 / 21.5 peratus), Gombak (937 / 10.0 peratus) dan Sepang (228 / 2.4 peratus). Lokaliti wabak denggi aktif pula berjumlah 240 membabitkan 42…

Read More

30 peratus kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 17 Mei – Sebanyak 1,063,569 atau 30 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. Menurut laman web COVIDNOW, seramai 4,260 kanak-kanak tampil melengkapkan vaksinasi semalam manakala 1,981 lagi mendapatkan dos pertama menjadikan 1,646,257 atau 46.4 peratus kanak-kanak menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,905,317 (93.4 peratus) telah lengkap menerima vaksinasi manakala 3,002,852 (96.5 peratus) daripada kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berumur…

Read More