30 peratus kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 17 Mei – Sebanyak 1,063,569 atau 30 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web COVIDNOW, seramai 4,260 kanak-kanak tampil melengkapkan vaksinasi semalam manakala 1,981 lagi mendapatkan dos pertama menjadikan

1,646,257 atau 46.4 peratus kanak-kanak menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,905,317 (93.4 peratus) telah lengkap menerima vaksinasi manakala 3,002,852 (96.5 peratus) daripada kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,905,317 (93.4 peratus) telah lengkap menerima vaksinasi manakala 3,002,852 (96.5 peratus) daripada kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam tempoh sama, sejumlah 16,066,394 atau 68.3 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak apabila 1,749 lagi tampil mendapatkan dos itu.

Setakat semalam juga, sebanyak 22,971,246 atau 97.6 peratus daripada kumpulan dewasa telah lengkap dua dos dan 23,247,211 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 9,228 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 2,700 dos pertama, 4,779 dos kedua dan 1,749 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,689,336.

Related posts

Leave a Comment