Kes harian Thailand catat penurunan

BANGKOK 17 Mei – Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini menunjukkan penurunan, terendah sejak 4 Januari lalu dengan mencatatkan 3,893 kes berbanding 5,238 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,382,977.

Bagaimanapun jumlah itu tidak termasuk 2,945 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Dalam tempoh yang sama jumlah kematian harian juga turun dengan 38 orang meninggal dunia berbanding 54 sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 29,550 kematian setakat semalam.

Setakat semalam sebanyak 63,337 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 24,288 di hospital di mana 1,245 dalam keadaan kritikal dan 607 lagi bergantung kepada ventilator.

Sebanyak 7,323 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan kesembuhan meningkat kepada 4,290,090.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) menjelaskan daripada 3,893 kes baharu itu, sebanyak 3,886 adalah penularan tempatan, manakala empat lagi dalam kalangan banduan dan tiga kes import dari Jepun, Vietnam dan Filipina.

Bangkok terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 865 kes diikuti Buri Ram 198, Surin 160, Chon Buri 139, Ubon Ratchathani 132, Roi Et 118, Samut Prakan 110, Maha Sarakham dan Nonthaburi masing-masing 95 dan  92 kes di Khon Kaen.

Kes 38 kematian pula melibatkan mereka yang berumur antara 11 bulan sehingga 95 tahun.

Related posts

Leave a Comment