4,985 kes baharu Singapura

SINGAPURA 31 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,985 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 4,774‬ jangkitan tempatan dan 211 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,303,294 dengan jumlah kematian pula 1,389 orang termasuk tiga yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Sebanyak 4,546 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Di samping itu sebanyak 439 ‬kes disahkan menerusi ujian PCR di mana 429 adalah…

Read More

Harga vaksin ikut kadar siling

KUALA LUMPUR 31 Mei – Kerajaan tidak mengawal harga pemberian vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berusia lima tahun ke atas yang terpaksa mendapatkan imunisasi itu di fasiliti kesihatan swasta, bermula esok. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali, berkata bayaran vaksinasi itu bagi kanak-kanak yang tidak berdaftar dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) sebelum ini, adalah bergantung pada fasiliti kesihatan swasta yang dikunjungi selepas hari ini. Katanya, ia bergantung pada pihak swasta untuk mengenakan bayaran yang turut membabitkan caj konsultasi, peralatan dan perkhidmatan tetapi, harga vaksin itu perlu mengikut kadar…

Read More

Kematian di Thailand lepasi 30,000

BANGKOK 31 Mei – Jumlah kematian harian akibat Covid-19 di Thailand menunjukkan penurunan tetapi jumlah keseluruhan mereka yang meninggal dunia setakat hari ini melepasi angka 30,000. Sebanyak 21 lagi kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam berbanding 26 hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia meningkat kepada 30,019 orang. Jumlah kes harian pula meningkat sedikit daripada 3,854 kepada 3,955 termasuk satu kes import tetapi tidak termasuk 3,345 kes positif hasil ujian antigen yang jika digabungkan membawa kepada jumlah harian sebanyak 7,300. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah kematian yang…

Read More

Brunei Darussalam catat 279 kes baharu

BERAKAS 31 Mei  – Brunei Darussalam hari ini merekodkan 279 kes baharu yang menunjukkan penurunan berbanding 306 kes yang direkodkan kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 148,674. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, sebanyak 277 kes itu adalah hasil Ujian ART manakala dua kes lagi hasil daripada 318 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, satu kes direkodkan dalam Kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Tiada…

Read More

Shanghai kembali normal 1 Jun

SHANGHAI 31 Mei – Selepas dua bulan berkurung, bandar raya Shanghai akan beralih ke fasa normal kawalan pandemik Covid-19 bermula esok, 1 Jun dengan membenarkan pusat beli-belah serta premis perniagaan dibuka semula. Naib Datuk Bandar, Zong Ming, berkata laluan rel juga dibenarkan beroperasi mengikut kapasiti normal dan jumlah penerbangan domestik ke bandar raya juga  ditingkatkan dengan syarikat melakukan pelarasan menguruskan faktor kesesakan. Beliau berkata, pengumuman itu turut menyaksikan orang awam di kawasan risiko rendah boleh kembali bekerja. Bagi kawasan awam, masih tertakluk kepada kapasiti 75 peratus dan orang ramai perlu…

Read More

Cacar monyet tidak semestinya pandemik

GENEVA: Penyebaran cacar monyet di luar negara benua Afrika sekarang tidak semestinya bermakna ia akan menjadi pandemik, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Justeru tidak ada sebab untuk berasa panik terhadap virus yang menyebabkan penyakit teruk itu kerana penghidapnya boleh pulih dalam tempoh beberapa minggu. Sejak Britain melaporkan kes pertama cacar monyet yang disahkan 7 Mei lalu, hampir 400 kes yang disyaki atau disahkan dilapor kepada WHO di sekitar 24 negara di mana virus itu bukan endemik. Pakar cacar monyet WHO, Dr Rosamund Lewis, berkata pihaknya tidak terlalu bimbang mengenai…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.91

PUTRAJAYA 31 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam naik kepada 0.91 berbanding 0.90 kelmarin. Enam negeri mencatatkan nilai melebihi atau menyamai kadar kebangsaan dengan Sabah merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.02 berbanding 1.08 kelmarin. Ini diikuti Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kedah yang masing-masing merekodkan 0.95, Melaka 0.94, Perak 0.93 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.91. Selangor merekodkan 0.90, Negeri Sembilan 0.89 diikuti Johor dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan 0.88. Sementara itu Sarawak merekodkan 14 kes, Kelantan dan Pahang masing-masing 13 kes, Terengganu 11 dan Perlis tiga…

Read More

Peningkatan kes harian di Malaysia

PUTRAJAYA 31 Mei – Jumlah kes harian Covid-19 di negara ini semalam merekodkan sedikit peningkatan dengan merekodkan 1,325 berbanding 1,155 kes kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,505,059. Menurut data laman COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 23,779 kes aktif dengan kes sembuh pula 1,935 orang menjadikan jumlah keseluruhan 4,445,611 pesakit pulih. Sebanyak empat kematian direkodkan termasuk satu kes BID menjadikan jumlah keseluruhan 35,669 orang meninggal dunia setakat ini sementara 32 orang dirawat di ICU dan 15 memerlukan bantuan alat pernafasan. Sementara itu Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu 611 berbanding…

Read More

Vaksin percuma kanak-kanak berakhir

PUTRAJAYA 31 Mei – Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang memberikan vaksinasi secara percuma kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun berakhir hari ini. Mulai esok, 1 Jun, kanak-kanak dalam lingkungan usia itu perlu mendapatkan vaksin Covid-19 yang ditawarkan di pasaran swasta secara berbayar. Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan Covid-19. PICKids vaksin Covid-19 sebelum ini sepatutnya tamat pada 15 Mei 2022 tetapi telah dilanjutkan sehingga hari ini, 31 Mei 2022. Kementerian Kesihatan (KKM) tidak berhasrat melanjutkan…

Read More