Kecam serangan ke atas Masjid Al-Aqsa

PUTRAJAYA 16 April –  Malaysia mengecam tindakan biadap Tentera Rejim Israel yang menyerang umat Islam Palestin termasuk anggota perubatan dan wartawan di Masjid Al-Aqsa pada Jumaat, kata Menteri Luar, Saifuddin Abdullah. Beliau berkata perbuatan keji serta tidak berperikemanusiaan itu amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku terutama pada Jumaat apatah lagi umat Islam Palestin sedang berpuasa serta menunaikan ibadah ketika Ramadan. “Tindakan Tentera Rejim Israel yang turut menyasarkan wanita dalam serangan itu, satu tindakan yang kejam dan tidak boleh diterima sama sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini. Saifuddin menegaskan bahawa Malaysia…

Read More

KWSP : 5.3 juta mohon, nilai RM40.1 bilion

KUALA LUMPUR 16 April – Sebanyak 5.3 juta permohonan untuk Pengeluaran Khas diterima oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak dibuka pada 1 April hingga Khamis lalu, yang membabitkan amaun pengeluaran berjumlah RM40.1 bilion. KWSP dalam kenyataan hari ini, memaklumkan jumlah permohonan itu merangkumi 44 peratus daripada 11.95 juta ahli yang layak membuat pengeluaran dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 20 April ini. Ia membabitkan 55 peratus ahli B40 yang layak (berpendapatan kurang daripada RM1,700); 59 peratus ahli M40 (RM1,701 – RM4,900), dan 39 peratus ahli T20 (berpendapatan melebihi…

Read More

Politik ‘bukan setakat satu individu’

SINGAPURA 16 April – Kepemimpinan politik ‘bukan setakat satu individu sahaja’ sebaliknya sebagai sebuah pasukan yang kuat dan bersatu padu, kata Menteri Kewangan Lawrence Wong. “Kita boleh mengatasi semua cabaran ini hanya sebagai sebuah pasukan yang kuat dan bersatu padu dengan matlamat untuk berkhidmat kepada Singapura dan rakyatnya,” kata Wong pada satu sidang media di sini. Ini sidang media pertamanya sejak dipilih dan diumumkan sebagai ketua pasukan pemimpin generasi keempat (4G) Parti Tindakan Rakyat (PAP) – yang sekali gus membuka laluan untuk beliau menjadi Perdana Menteri seterusnya Menurut Wong, Singapura…

Read More

Siapa terajui PAP hadapi PRU

SINGAPURA 16 April – Keputusan sama ada Perdana Menteri Lee Hsien Loong atau Menteri Kewangan Lawrence Wong akan menerajui Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam pilihan raya umum (PRU) seterusnya akan diputuskan kemudian. Lee yang juga Setiausaha Agung PAP, berkata, beliau akan berbincang dengan Lawrence dan  memutuskannya kelak tentang strategi terbaik untuk mereka bertanding dalam PRU seterusnya. “Sama ada untuk saya serahkan kepadanya dahulu – beliau mengukuhkan kedudukannya, beliau memimpin pasukan ke pilihan raya umum seterusnya. Ia jelasnya adalah pasukan 4G dan (mereka) akan bertanggungjawab selepas PRU  berikutnya. “Atau saya menyertai…

Read More

Rumah Terbuka Seri Perdana 8 Mei

BERA 16  April – Rumah Terbuka Seri Perdana iaitu di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya akan berlangsung pada hari raya keenam iaitu pada 8 Mei, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Menurut Perdana Menteri, perubahan acara berkenaan dibuat bagi memberi laluan kepada orang ramai pulang beraya bersama keluarga terlebih dahulu. Katanya, cuti musim perayaan tahun ini lebih bermakna selepas dua tahun rakyat Malaysia dilarang balik kampung untuk meraikan lebaran berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19. “Saya merancang rumah terbuka untuk Perdana Menteri di Seri Perdana tidak…

Read More

Kes jangkitan harian naik semula

BERAKAS 16 April – Kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam naik semula kepada 210 berbanding 172 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 139,847. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 175 adalah hasil Ujian ART dan 35 kes adalah hasil daripada 1,071 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata terdapat tiga kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Tiada kes…

Read More

Bubur lambuk Istana Negara

SERI Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke Program Memasak Bubur Lambuk anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN), hari ini. Program ini turut melibatkan pegawai dan kakitangan Istana Negara yang diadakan di perkarangan Surau Utama Istana Negara. Masakan bubur lambuk sentuhan air tangan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong akan diagihkan kepada anggota polis dan tentera yang bertugas serta rumah kabajikan dan masjid di sekitar Kuala Lumpur. (FB Istana Negara)

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.82

PUTRAJAYA 16 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught atau Ro di seluruh negara semalam turun kepada 0.82 berbanding 0.86 kelmarin. Selangor masih merekodkan kadar tertinggi dengan mencatatkan 0.89 berbanding 0.91 kelmarin dan Negeri Sembilan 0.85. Terengganu dan Perak masing-masing merekodkan 0.82, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing 0.81. Ini diikuti Melaka 0.79, Johor 0.78, Sabah dan Pulau Pinang masing-masing 0.73, Pahang dan Sarawak masing-masing 0.69, Kedah 0.68 dan Kelantan 0.65. Sementara itu Perlis merekodkan 14 kes dan Wilayah Persekutuan Labuan 10 kes. Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan…

Read More

Gerai mi tonggek diarah tutup

PUTRAJAYA 16 April – Kementerian Kesihatan (KKM) mula bertindak terhadap peniaga Bazar Ramadan apabila Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) mengarahkan penutupan gerai mi tonggek berikutan didapati tidak bersih. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tindakan penguatkuasaan diambil selepas BKKM menjalankan siasatan dan arahan penutupan itu mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983. Pemilik gerai Bazar Ramadan Presint 13 itu perlu mengambil langkah mempertingkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan sebelum dibenarkan beroperasi semula. “Selain itu, kompaun turut dikeluarkan terhadap seorang pekerja yang didapati tidak mengambil suntikan antitifiod,” katanya dalam…

Read More