Hadi ziarah Dr Mahathir

SEPANG 1 Nov. – Presiden Pas Abdul Hadi Awang menziarahi Dr Mahathir Mohamad di kediaman bekas Perdana Menteri itu pagi ini.

Menerusi foto hantaran di Facebooknya, turut sama sama Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman.

“Saya ucapkan kepada Tun dengan satu hadis Nabi Muhammad SAW: Sesungguhnya bagi Allah apa yang Dia ambil, bagi Allah jua apa yang Dia berikan, setiap sesuatu mempunyai ajal yang telah ditentukan. Bersabarlah dan harapkanlah pahala.

Semoga Tun terus bersabar serta sentiasa mendoakan Tun Hasmah agar beroleh kebaikan berterusan, insya-Allah,” kata Abdul Hadi.

Sementara itu, Takiyuddin menerusi Facebooknya menyifatkan satu pertemuan yang cukup bermakna.

“Mempertemukan dua tokoh besar negara yang telah banyak menabur jasa, bakti dan sumbangan dalam perjalanan membangunkan negara serta membentuk landskap kepimpinan tanah air.

Moga legasi kepimpinan, kebijaksanaan dan semangat berkhidmat untuk rakyat terus mekar, demi masa depan negara yang lebih gemilang,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment