Kadar kebolehjangkitan 0.82

PUTRAJAYA 16 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught atau Ro di seluruh negara semalam turun kepada 0.82 berbanding 0.86 kelmarin.

Selangor masih merekodkan kadar tertinggi dengan mencatatkan 0.89 berbanding 0.91 kelmarin dan Negeri Sembilan 0.85.

Terengganu dan Perak masing-masing merekodkan 0.82, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing 0.81.

Ini diikuti Melaka 0.79, Johor 0.78, Sabah dan Pulau Pinang masing-masing 0.73, Pahang dan Sarawak masing-masing 0.69, Kedah 0.68 dan Kelantan 0.65.

Sementara itu Perlis merekodkan 14 kes dan Wilayah Persekutuan Labuan 10 kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment