Shehbaz Sharif PM Pakistan ke-23

PRESIDEN Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N), Shehbaz Sharif hari ini dipilih sebagai Perdana Menteri ke-23 Pakistan, ketika pada masa yang sama wujud tekanan bagi memaksa pilihan raya umum diadakan. Ahli-ahli Parlimen yang masih setia kepada perdana menteri digulingkan, Imran Khan meletakkan jawatan beramai-ramai dan keluar Dewan. Shehbaz, abang kepada bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif, menerima 174 undi daripada keseluruhan 342 ahli Dewan Rakyat. Pemimpin berusia 70 tahun itu mendapat sokongan gabungan pelbagai parti di bawah Pergerakan Demokratik Pakistan (PDM) dan dilihat sebagai pentadbir yang berkebolehan. Bekas parti pemerintah, Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI),…

Read More

2,568 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 11 April – Kementerian Kesihatan (Moh) melaporkan 2,568 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari Isnin ini yang meliputi 2,492‬ ‬jangkitan tempatan dan 76 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 1,140,569 dengan jumlah kematian pula 1,303 orang termasuk dua yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Sebanyak 2,180 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ia terdiri daripada 2,119 jangkitan tempatan dan 61 kes import manakala 388 kes lagi…

Read More

Thailand catat 22,387 kes baharu

BANGKOK 11 April – Kementerian Kesihatan Awam hari ini merekodkan 22,387 kes baharu Covid-19 di Thailand dengan jumlah kematian pula sebanyak 105 orang dalam tempoh 24 jam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 3,905,872 kes dan 26,188 orang meninggal dunia. Jumlah kes baharu yang direkodkan hari ini bagaimanapun tidak termasuk 15,187 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika diambil kira menjadikan jumlah kes 37,574. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 22,282 kes melibatkan penduduk awam, 18 kes dalam kalangan banduan dan 87 kes import manakala 21,977 kes disahkan…

Read More

PH bincang 4 perkara pokok

KUALA LUMPUR 11 April – Perbincangan Pakatan Harapan (PH) bersama Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen)  pagi tadi terarah kepada empat perkara ‘pokok’. Presiden PKR,  Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Madius Tangau, menerusi kenyataan bersama berkata ia meliputi pindaan Perlembagaan Persekutuan dan usaha menggubal Akta Antilompat Parti. Menurut kenyataan itu, mesyuarat yang berlangsung di Parlimen membangkitkan keperluan untuk memperhalusi pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, berhubung hak berpersatuan supaya dihadkan kepada…

Read More

8 tawar diri Naib Presiden PKR

KUALA LUMPUR 11 April – Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR telah menerima lapan nama yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan yang bakal berlangsung bulan depan. Terkini menawarkan diri adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang  juga Pengarah Komunikasi PKR yang mengemukakan pencalonan bertanding jawatan itu pada pukul 12.27 tengah hari tadi. Setakat ini tiada penyandang yang menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden itu selepas Rafizi Ramli mengemukakan pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden. Selain Rafizi, Naib Presiden selepas pemilihan lalu adalah Tian Chua yang mengumumkan…

Read More

Anwar mahu pertahan jawatan PKR

KUALA LUMPUR 11 April – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti yang akan diadakan pada 13 Mei depan. Perkara itu dimaklumkan oleh pejabat beliau menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di media sosial beliau. Anwar akan mempertahankan jawatan Presiden PKR bagi penggal 2022/2025. “Beliau telah mengemukakan permohonan untuk bertanding menerusi aplikasi ADIL pada jam 12.14 tengah hari,” kata kenyataan tersebut. Sehingga ke hari ini, belum ada mana-mana individu yang mengumumkan akan mencabar Anwar bagi merebut kerusi nombor satu parti itu. Bagaimanapun bagi jawatan Timbalan…

Read More

281 kes baharu Covid-19 Brunei

BERAKAS 11 April – Kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam naik sedikit hari ini dengan merekodkan 281 kes berbanding 269 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 138,811. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 269 adalah hasil Ujian ART dan 12 kes adalah hasil daripada 456 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata terdapat dua kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan…

Read More

Kes harian turun di bawah 10,000

PUTRAJAYA 11 April  – Kes harian Covid-19 menunjukkan penurunan dengan mencatatkan angka bawah 10,000 kes apabila sebanyak 8,112 kes dilaporkan setakat semalam. Kali terakhir negara ini mencatatkan kes bawah paras berkenaan ialah pada 4 Februari lalu iaitu sebanyak 7,234 kes. Menurut data yang dikongsikan oleh laman sesawang COVIDNOW, perkembangan itu menjadikan sehingga kini sebanyak 4,325,818 individu sudah dijangkiti virus berkenaan. Setakat pukul 11.59 malam semalam, sejumlah 8,087 kes membabitkan penularan tempatan dengan 25 kes adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Selangor kekal menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes baharu…

Read More