281 kes baharu Covid-19 Brunei

BERAKAS 11 April – Kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam naik sedikit hari ini dengan merekodkan 281 kes berbanding 269 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 138,811.

Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 269 adalah hasil Ujian ART dan 12 kes adalah hasil daripada 456 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata terdapat dua kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU) manakala tiga berada di Kategori 4, iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sebanyak 110 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 136,183 manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 2,413 kes, iaitu 49 kes sedang dirawat di hospital, manakala 2,364 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Related posts

Leave a Comment