Kes harian turun di bawah 10,000

PUTRAJAYA 11 April  – Kes harian Covid-19 menunjukkan penurunan dengan mencatatkan angka bawah 10,000 kes apabila sebanyak 8,112 kes dilaporkan setakat semalam.

Kali terakhir negara ini mencatatkan kes bawah paras berkenaan ialah pada 4 Februari lalu iaitu sebanyak 7,234 kes.

Menurut data yang dikongsikan oleh laman sesawang COVIDNOW, perkembangan itu menjadikan sehingga kini sebanyak 4,325,818 individu sudah dijangkiti virus berkenaan.

Setakat pukul 11.59 malam semalam, sejumlah 8,087 kes membabitkan penularan tempatan dengan 25 kes adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Selangor kekal menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes baharu dengan pertambahan empat angka iaitu sebanyak 4,299 kes, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 708 kes.

Selain itu Negeri Sembilan dengan 490 kes, Perak 465, Johor 404, Pulau Pinang 355, Kedah 257, Melaka 225, Sarawak 224 dan Terenggau 211.

Turut mencatatkan pertambahan kes ialah Pahang dengan 193 kes, Sabah 124, Kelantan 98, Perlis 26, Labuan 22 dan Putrajaya 11.

Sementara itu, dalam kenyataannya, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kategori dua paling tinggi yang mencatatkan kes baharu iaitu sebanyak 4,284 kes atau 52.81 peratus.

Selain itu kategori satu dengan 3,772 kes baharu, kategori tiga (29), kategori lima (17) dan kategori empat (10).

Daripada 56 kes Covid-19 kategori tiga hingga lima itu, sejumlah 38 kes membabitkan individu yang mempunyai komorbid; berusia 60 tahun dan keatas (33); sudah menerima dua dos vaksin namun tiada dos penggalak (21) dan tidak divaksin atau belum lengkap (17).

Sehingga kini, terdapat sebanyak 145,798 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 di negara ini, daripada jumlah berkenaan sejumlah 97.7 peratus atau 142,513 sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Ia disusuli dengan 2,811 kes sedang dirawat di hospital; Pusat Kuarantin dan Rawtan Covid-19 (PKRC) (300); Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan (110) dan ICU (64).

Sementara itu, sebanyak 12 kes kematian dilaporkan semalam menjadikan jumlah angka korban kini meningkat kepada 35,292 kes.

Jumlah berkenaan termasuk empat kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID). Negeri yang mencatatkan kes kematian ialah lima di

Sarawak, Perak (dua) dan masing-masing satu kes di Johor, Kedah, Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Terdapat sebanyak 15,765 kes dilaporkan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini meningkat kepada 4,144,728 kes.

Related posts

Leave a Comment