2,568 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 11 April – Kementerian Kesihatan (Moh) melaporkan 2,568 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari Isnin ini yang meliputi 2,492‬ ‬jangkitan tempatan dan 76 kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 1,140,569 dengan jumlah kematian pula 1,303 orang termasuk dua yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Sebanyak 2,180 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Ia terdiri daripada 2,119 jangkitan tempatan dan 61 kes import manakala 388 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 373 adalah jangkitan tempatan manakala 15 adalah kes import.

Sementara itu kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.76, naik sedikit berbanding 0.75 semalam.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya di mana kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baharu Covid-19 semakin merosot.

Sebanyak 339 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 347 semalam dan  daripada jumlah itu, 36 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 18 dipantau rapi di ICU manakala 4,188 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Related posts

Leave a Comment