Anwar mahu pertahan jawatan PKR

KUALA LUMPUR 11 April – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti yang akan diadakan pada 13 Mei depan.

Perkara itu dimaklumkan oleh pejabat beliau menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di media sosial beliau.

Anwar akan mempertahankan jawatan Presiden PKR bagi penggal 2022/2025.

“Beliau telah mengemukakan permohonan untuk bertanding menerusi aplikasi ADIL pada jam 12.14 tengah hari,” kata kenyataan tersebut.

Sehingga ke hari ini, belum ada mana-mana individu yang mengumumkan akan mencabar Anwar bagi merebut kerusi nombor satu parti itu.

Bagaimanapun bagi jawatan Timbalan Presiden, setakat ini dua orang menawarkan diri iaitu Naib Presiden Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail.

Anwar mengambil alih jawatan itu daripada isterinya yang juga bekas timbalan perdana menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Related posts

Leave a Comment