Thailand catat 22,387 kes baharu

BANGKOK 11 April – Kementerian Kesihatan Awam hari ini merekodkan 22,387 kes baharu Covid-19 di Thailand dengan jumlah kematian pula sebanyak 105 orang dalam tempoh 24 jam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 3,905,872 kes dan 26,188 orang meninggal dunia.

Jumlah kes baharu yang direkodkan hari ini bagaimanapun tidak termasuk 15,187 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika diambil kira menjadikan jumlah kes 37,574.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 22,282 kes melibatkan penduduk awam, 18 kes dalam kalangan banduan dan 87 kes import manakala 21,977 kes disahkan di hospital dan 305 melalui ujian massa.

Setakat semalam, Ahad sebanyak 245,575 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 64,570 di hospital di mana 2,065 pesakit kritikal dan 856 bergantung kepada bantuan ventilator.

Bangkok terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 3,174, diikuti Chonburi 1,036, Nakhon Si Thammarat 831, Nonthaburi 784, Samut Prakan 766, Khon Kaen 650, Nakhon Pathom 602,  Samut Sakhon 571, Roi Et 553 dan Buri Ram 498.

Kes import pula melibatkan ketibaan dari 22 negara termasuk 15 dari United Kingdom, Arab Saudi 10, Australia 8 dan tujuh masing-masing dari Israel, Kemboja dan Jerman.

Sementara itu dalam tempoh 24 jam sebanyak 27,680 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 3,634,109 pesakit dilaporkan pulih.

Related posts

Leave a Comment