Singapura lapor 3,743 kes baharu

SINGAPURA 3 April – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,743 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 3,674 ‬jangkitan tempatan dan 69‬ kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,109,744 dengan jumlah kematian harian pula empat orang yang membawa kepada 1,276 orang meninggal dunia setakat ini. Sebanyak 3,178 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes Protokol 2 ini terdiri daripada 60 kes import dan…

Read More

Parlimen Pakistan bubar

ISLAMABAD 3 April – Presiden Pakistan, Dr Arif Alvi, membubarkan Parlimen bagi memberi laluan untuk pilihan raya umum diadakan di negara itu dalam tempoh 90 hari. Pembubaran itu dilakukan atas nasihat Perdana Menteri Imran Khan, sekali gus menggagalkan usaha pembangkang untuk menyingkirkan pemimpin tersebut daripada jawatan tertinggi itu. Langkah itu diambil selepas Timbalan Speaker Parlimen menolak usul undi tidak percaya terhadap Imran dengan menyifatkannya sebagai `tidak berperlembagaan’. Terdahulu,  Imran dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen menggesa Parlimen dibubarkan dengan segera memandangkan terdapat campur tangan yang `tidak boleh diterima’ dalam…

Read More

Azan Maghrib awal 4 minit

TAWAU 3 April – Seorang penyampai radio tempatan memohon maaf kepada orang ramai kerana secara tidak sengaja menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal, menyebabkan ada yang berbuka puasa lebih awal hari ini. Mohd Safwan bin Junit, penyampai yang bertugas petang ini dalam program Syoknya Hujung Minggu mengaku melakukan kesilapan teknikal yang mana azan Maghrib disiarkan dua kali, iaitu sekitar 6.16 petang dan yang kedua 6.20 petang. “Saya, Mohd Safwan bin Junit, penyampai yang bertugas petang ini dalam program Syoknya Hujung Minggu telah melakukan kesilapan teknikal yang mana azan Maghrib…

Read More

26,840 kes baharu di Thailand

BANGKOK 3 April – Selepas merekodkan lonjakan kes semalam, iaitu 28,029, jumlah kes harian Covid-19 hari ini turun kepada 26,840 dengan 97 kematian dalam tempoh 24 jam. Daripada jumlah itu, sebanyak 26,800 adalah kes tempatan manakala 40 lagi melibatkan kes import. Bangkok mendahului jumlah kematian dengan 18 kes disusuli wilayah lain termasuk enam masing-masing di Chon Buri dan Sukhothai, empat kes masing-masing di Samut Prakan, Surin dan Rayong. Usia mereka yang dilaporkan meninggal dunia adalah antara 4 tahun dan 100 tahun termasuk dua warga asing dari Myanmar dan China. Bangkok…

Read More

Bubur lambuk Kampung Baru

KUALA LUMPUR 3 April – Seperti tahun-tahun sebelumnya, setiap kali Ramadan, Masjid Jamek Kampung Baru menjadi tumpuan warga ibu kota untuk mendapatkan bubur lambuk. Setiap hari, biasanya sebanyak 15 periuk bubur lambuk akan dimasak dengan persiapan dilakukan sejak awal pagi. Menggunakan resipi tradisi sejak lebih 100 tahun lalu, bubur lambuk akan siap kira-kira pukul 11 pagi dan kemudian dibungkus sebelum diedarkan. Sebanyak 3,500 bungkus bubur lambuk akan mula diedarkan secara percuma selepas solat Asar kepada jemaah yang datang ke masjid atau melintasi kawasan masjid. Pada tahun 2020 ketika Covid-19 mula…

Read More

981 kanak-kanak Brunei ambil vaksin

BERAKAS 3 April – Sebanyak 981 atau 2.3 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun telah mendapatkan dos pertama vaksinasi Covid-19 setakat semalam sejak dimulakan kelmarin, kata Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar. Beliau memberitahu, setakat ini tidak ada kejadian sampingan dilaporkan berikutan pengambilan vaksin berkenaan. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19, di sini beliau memberitahu, vaksin kedua boleh diperoleh selepas tiga hingga empat minggu dos pertama diambil. Sementara itu, Brunei Darussalam menambah jumlah kes jangkitan dengan merekodkan 554 kes baharu hari ini berbanding 515 semalam menjadikan…

Read More

6,129 kanak-kanak lengkap dos

PUTRAJAYA 3 April – Sejumlah 6,129 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun telahpun lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19, menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam. Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 4,460 menerima dos kedua semalam dan 7,839 mendapatkan dos pertama menjadikan 1,346,625 kanak-kanak atau 38 peratus, sudahpun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sementara, sejumlah 15,844,706 individu atau 67.3 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah menerima dos penggalak, apabila 11,658 lagi mendapatkan dos itu semalam. Bagi populasi yang sama, sebanyak 22,954,459 individu (97.6 peratus) telahpun…

Read More

Iftar Ramadan di Masjidilharam

SUASANA iftar Ramadan kembali mewarnai sekitar Masjidilharam dan Masjid Nabawi selepas dua tahun ‘sepi’ disebabkan pandemik Covid-19. Pemandangan ribuan jemaah duduk dalam barisan panjang sambil menunggu azan Maghrib untuk berbuka puasa dapat disaksikan pada hari pertama Ramadhan semalam (Sabtu). Sukarelawan yang dilantik badan-badan rasmi dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga mengagihkan juadah berbuka puasa di pekarangan masjid itu Pemegang Dua Masjid Suci turut memberikan lebih daripada 2,000 permit untuk menyediakan juadah berbuka puasa khusus yang disediakan dan diedarkan di bawah garis panduan Covid-19. Selain itu, mereka juga melarang penggunaan…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.85

PUTRAJAYA 3 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt kebangsaan semalam turun kepada 0.85 berbanding  0.87 yang direkodkan kelmarin. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatatkan Rt tertinggi iaitu 1.06, diikuti Melaka pada paras 0.86 dan Sarawak menyamai kadar kebangsaan 0.85. Ini diikuti Perak 0.84, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.81, Wilayah Persekutuan Labuan 0.80 dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.79. Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing merekodkan 0.78, Terengganu 0.77, Johor 0.76 dan Pulau Pinang 0.73. Perlis dan Kedah masing-masing merekodkan 0.72 manakala Kelantan dan Sabah masing-masing 0.68.

Read More

Bubur lambuk keluarga Utusan

MEMORI RAMADHAN SELAMAT menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadhan. Pastinya rakan-rakan Utusan masih ingat program bubur lambuk anjuran Badan Keluarga Utusan Melayu. Sekali setiap minggu, bermula sejak di bangunan lama Utusan di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin. Dari pagi, kakitangan yang berkesempatan bergotong-royong bermula menyediakan bahan-bahannya sehinggalah kepada pembungkusan. Hasilnya, kita agihkan kepada kakitangan termasuk di Bangi. Begitulah memori indah Ramadhan bersama keluarga Utusan..

Read More