26,840 kes baharu di Thailand

BANGKOK 3 April – Selepas merekodkan lonjakan kes semalam, iaitu 28,029, jumlah kes harian Covid-19 hari ini turun kepada 26,840 dengan 97 kematian dalam tempoh 24 jam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 26,800 adalah kes tempatan manakala 40 lagi melibatkan kes import.

Bangkok mendahului jumlah kematian dengan 18 kes disusuli wilayah lain termasuk enam masing-masing di Chon Buri dan Sukhothai, empat kes masing-masing di Samut Prakan, Surin dan Rayong.

Usia mereka yang dilaporkan meninggal dunia adalah antara 4 tahun dan

100 tahun termasuk dua warga asing dari Myanmar dan China.

Bangkok juga mendahului dengan 3,095 kes disusuli Chon Buri 1,300, Nakhon Si Thammarat 965, Samut Prakan 922 dan Samut Sakhon 893.

Kes import pula turut melibatkan ketibaan pelawat dari United Kingdom, Australia dan Myanmar.

Related posts

Leave a Comment