Bubur lambuk Kampung Baru

KUALA LUMPUR 3 April – Seperti tahun-tahun sebelumnya, setiap kali Ramadan, Masjid Jamek Kampung Baru menjadi tumpuan warga ibu kota untuk mendapatkan bubur lambuk.

Setiap hari, biasanya sebanyak 15 periuk bubur lambuk akan dimasak dengan persiapan dilakukan sejak awal pagi.

Menggunakan resipi tradisi sejak lebih 100 tahun lalu, bubur lambuk akan siap kira-kira pukul 11 pagi dan kemudian dibungkus sebelum diedarkan.

Sebanyak 3,500 bungkus bubur lambuk akan mula diedarkan secara percuma selepas solat Asar kepada jemaah yang datang ke masjid atau melintasi kawasan masjid.

Pada tahun 2020 ketika Covid-19 mula melanda negara, Masjid Jamek Kampung Baru terpaksa membatalkan program edaran bubur lambuk yang menjadi acara tahunan masjid itu.

Bagaimanapun, tahun lalu Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kebenaran pengurusan masjid memasak dan mengagihkan semula bubur lambuk kepada orang ramai.

Related posts

Leave a Comment