Iftar Ramadan di Masjidilharam

SUASANA iftar Ramadan kembali mewarnai sekitar Masjidilharam dan Masjid Nabawi selepas dua tahun ‘sepi’ disebabkan pandemik Covid-19.

Pemandangan ribuan jemaah duduk dalam barisan panjang sambil menunggu azan Maghrib untuk berbuka puasa dapat disaksikan pada hari pertama Ramadhan semalam (Sabtu).

Sukarelawan yang dilantik badan-badan rasmi dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga mengagihkan juadah berbuka puasa di pekarangan masjid itu

Pemegang Dua Masjid Suci turut memberikan lebih daripada 2,000 permit untuk menyediakan juadah berbuka puasa khusus yang disediakan dan diedarkan di bawah garis panduan Covid-19.

Selain itu, mereka juga melarang penggunaan cawan plastik untuk minuman panas dan pengedarannya di koridor dan di pintu masuk masjid.

Related posts

Leave a Comment