Kadar kebolehjangkitan 0.85

PUTRAJAYA 3 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt kebangsaan semalam turun kepada 0.85 berbanding  0.87 yang direkodkan kelmarin.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatatkan Rt tertinggi iaitu 1.06, diikuti Melaka pada paras 0.86 dan

Sarawak menyamai kadar kebangsaan 0.85.

Ini diikuti Perak 0.84, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.81, Wilayah Persekutuan Labuan 0.80 dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.79.

Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing merekodkan 0.78, Terengganu 0.77, Johor 0.76 dan Pulau Pinang 0.73.

Perlis dan Kedah masing-masing merekodkan 0.72 manakala Kelantan dan Sabah masing-masing 0.68.

Related posts

Leave a Comment