Singapura lapor 3,743 kes baharu

SINGAPURA 3 April – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,743 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 3,674 ‬jangkitan tempatan dan 69‬ kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,109,744 dengan jumlah kematian harian pula empat orang yang membawa kepada 1,276 orang meninggal dunia setakat ini.

Sebanyak 3,178 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Kes Protokol 2 ini terdiri daripada 60 kes import dan 3,118 jangkitan tempatan manakala 565 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR adalah jangkitan tempatan dan sembilan adalah kes import.

Seramai 507 pesakit masih dirawat di hospital, di mana 56 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 21 dipantau rapi di ICU manakala 5,612 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, setakat 2 April sebanyak 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment