6,129 kanak-kanak lengkap dos

PUTRAJAYA 3 April – Sejumlah 6,129 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun telahpun lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19, menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 4,460 menerima dos kedua semalam dan 7,839 mendapatkan dos pertama menjadikan 1,346,625 kanak-kanak atau 38 peratus, sudahpun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara, sejumlah 15,844,706 individu atau 67.3 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah menerima dos penggalak, apabila 11,658 lagi mendapatkan dos itu semalam.

Bagi populasi yang sama, sebanyak 22,954,459 individu (97.6 peratus) telahpun lengkap vaksinasi mereka, manakala 23,230,239 (98.8 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia antara 12 ke 17 tahun, sejumlah 2,853,182 individu atau 91.7 peratus daripada kumpulan itu telah lengkap divaksinasi, manakala 2,949,478 (94.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 25,702 dos vaksin telah diberikan semalam, membabitkan 8,752 suntikan pertama, 5,292 suntikan kedua dan 11,658 suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 68,972,658 dos.

Related posts

Leave a Comment