Azan Maghrib awal 4 minit

TAWAU 3 April – Seorang penyampai radio tempatan memohon maaf kepada orang ramai kerana secara tidak sengaja menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal, menyebabkan ada yang berbuka puasa lebih awal hari ini.

Mohd Safwan bin Junit, penyampai yang bertugas petang ini dalam program Syoknya Hujung Minggu mengaku melakukan kesilapan teknikal yang mana azan Maghrib disiarkan dua kali, iaitu sekitar 6.16 petang dan yang kedua 6.20 petang.

“Saya, Mohd Safwan bin Junit, penyampai yang bertugas petang ini dalam program Syoknya Hujung Minggu telah melakukan kesilapan teknikal yang mana azan Maghrib telah disiarkan dua kali, iaitu sekitar 6.16 petang dan yang kedua 6.20 petang.

“Azan yang sepatutnya disiarkan pada 6.20 telah dikumandangkan lebih awal dari waktunya, menyebabkan ramai daripada warga Tawau secara tidak sengaja berbuka puasa awal dari waktu,” katanya dalam akaun Facebook peribadinya malam ini.

Menurut Mohd Safwan perkara itu terjadi disebabkan oleh kesilapan teknikal serta diri sendiri dan bukan melibatkan stesen radio tersebut.

Yang baik datangnya dari Allah, dan yang kurang itu datangnya dari diri saya sendiri,” ujarnya.

Related posts

Leave a Comment